KUALA LUMPUR – Meneruskan langkah sebagai peneraju telekung premium negara, Siti Khadijah (SK) mengorak satu lagi pencapaian besar dengan pembukaan butik flagship terbaharu di Bangsar. Menampilkan konsep mewah, moden dan berjiwa spiritual, butik ini diangkat sebagai “The Home of Siti Khadijah di Kuala Lumpur”, sekaligus menjadi pusat rujukan utama jenama buat penggemar setia SK.
Galeri Pelawat Mini: Ruang Eksklusif Merungkai Perjalanan SK
Butik ini turut menempatkan Galeri Pelawat Mini Siti Khadijah, galeri kedua selepas yang pertama di Laman Khadijah. Ia direka sebagai ruang mengenali sejarah dan aspirasi SK menerusi sesi penceritaan eksklusif, memberi peluang kepada pengunjung dan rakan korporat memahami nilai yang menggerakkan jenama selama ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn. Bhd., Mohammad Munzir Aminuddin, memberitahu butik baharu ini bukan sekadar lokasi membeli-belah.

“Ia adalah hub komuniti, tempat kita bertemu, berkongsi pandangan dan membina impak bersama.
Walaupun perniagaan sekarang terutama SME banyak berkembang secara online, namun masih ramai lagi pelanggan yang ingin pergi ke kedai untuk melihat da merasai material produk kami disamping meluangkan masa membeli belah bersama keluarga” ujarnya.
Tiga Koleksi Telekung Premium Diperkenalkan
Serentak dengan pembukaan butik, SK turut melancarkan tiga koleksi telekung terbaharu yang menjadi tumpuan acara tersebut antaranya:
Flair Dityaa yang melambangkan pengabdian dan keanggunan abadi, Broderie Safiye yang menampilkan sulaman bunga timbul lembut pada bahagian kepala dan lapisan dalaman, menyerlahkan sisi feminin dan halus. Seterusnya, Broderie Rania SE yang diilhamkan daripada pesona bunga Poppy dengan sulaman beralun dalam corak bulat dan berliku yang memukau.
Setiap koleksi mengekalkan identiti utama SK melambangkan keselesaan, ketenangan dan mutu jahitan premium yang menjadi pilihan wanita moden masa kini.

Mini runway turut diadakan bagi mempersembahkan rangkaian gaya hidup seperti Noah Top dan Elira Lines Outerwear, menunjukkan kepelbagaian produk SK melangkaui telekung.
Sebagai penghargaan kepada #FamiliSK, 100 pengunjung terawal menerima hadiah eksklusif. Selain itu, SK menawarkan diskaun 20% bagi pembelian produk terpilih yang meliputi koleksi lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Butik Ke-60 Dengan Sokongan Rakan Strategik
Majlis pembukaan butik ke-60 SK ini turut diserikan dengan kehadiran rakan industri utama termasuk CelcomDigi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Ambank Group, serta pelbagai wakil korporat lain yang menyokong pertumbuhan jenama SK.

Dalam majlis yang sama, Munzir turut berkongsi khabar gembira bahawa SK bakal membuka satu lagi cawangan di Menara Merdeka 118, salah satu mercu tanda terbaharu negara.
“Insya-Allah, cawangan di Menara 118 ini akan dibuka tahun depan. Ia bakal menjadi penanda aras baharu buat SK dan meletakkan jenama ini sebaris dengan jenama premium antarabangsa,” jelasnya.
