44

Kuala Lumpur – Pameran Perkahwinan ‘Wedding Showcase 2025’ anjuran S Creative Solutions Events & Entertainment bersama Sidah Catering Services Sdn Bhd mengetengahkan servis perkahwinan dan acara lebih mudah dengan konsep ‘All In Under One Roof‘.

Ketua Pegawai Operasi Sidah Catering, Siti Hajar Mohd Anuar berkata pengangjuran pameran ini memasuki kali kedua dan mendapat sambutan mengglakkan bukan sahaja bagi bakal pengantin baru tetapi sektor korporat juga.

Dari kiri; Ketua Pegawai Operasi Sidah Catering, Siti Hajar Mohd Anuar dan Pengarah Urusan Sidah Catering, Dato’ Mohd Adam Mohd Anuar

“Pameran ini kita lakukan untuk memperkenalkan dan mempromosi setiap pakej servis yang ada dimana kami ada kesemua perkhidmatan dari penyediaan dewan, katering, andaman, fotografi, cenderahati majlis dan sebagainya.

“Bakal pengantin tidak perlu risau kerana segala-galanya ada dibawah satu bumbung dan ini membantu menjimatkan masa disamping memudahkan pihak keluarga” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran yang diadakan di MATRADE.

Jelasnya lagi, sepanjang acara ini, pihaknya menawarkan diskaun sehingga RM10,000 dan perkhidamatan ‘Book Now, Pay Later‘ dengan deposit serendah RM1,000 bagi para pengantin atau mana-mana pihak yang berminat menempah servis lengkap mereka.

“Kami juga menawarkan cabutan bertuah percutian ke Bali selama 3 hari 2 malam dan pelbagai hadiah menarik lagi berupa barangan elektrik bagi sesiapa sahaja yang menempah pakej kami sepanjang acara Wedding Showcase ini.

Tambahnya, pihak penganjur menyasarkan sehingga 1000 tempahan sepanjang acara ini.

Antara rakan kolabrasi antaranya; Hidayah Maju, Syed Bistro, Ryns Avanue Group, Pro Media Broadcast, Faridism Production, Ayum Primadona, Kazoku Gift & Event, Fiz Classic Bridal, Zamirazfar, OJKustik Entertainment, KUHOT, Senada Tari dan DCB Party & Event.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading