99

Kuala Lumpur – Tools for Humanity hari ini mengumumkan pelancaran pengalaman baharu  World App di Malaysia dengan pengenalan World Chat, ciri pemesejan tersulit yang dibangunkan bagi membolehkan rakyat Malaysia berkomunikasi dengan manusia sebenar dalam era AI.

Aplikasi yang dikemas kini ini menggabungkan pemesejan peribadi dan pengesahan identiti manusia dalam satu pengalaman bersepadu, yang direka untuk mengembalikan kepercayaan terhadap interaksi digital harian. Pengalaman baharu ini telah diperkenalkan oleh Pengasas Bersama, Sam Altman dan Alex Blania pada acara “Unwrapped” yang berlangsung di ibu pejabat syarikat tersebut di San Francisco minggu lalu.

World Network dibangunkan sebagai lapisan kepercayaan untuk internet, di mana World App berperanan sebagai titik kemasukan utama. Aplikasi ini telah digunakan oleh puluhan juta pengguna di seluruh dunia, dengan jutaan daripadanya disahkan sebagai manusia sebenar, dan kadar penggunaannya dijangka akan terus meningkat.

Pada masa ini, dianggarkan kira-kira 40 juta pengguna menggunakan World App dan hampir 20 juta memiliki World ID yang sah. Pada bulan September, penggunaan World App terus meningkat dengan pendaftaran baharu setiap 1.7 saat, manakala setiap 3.6 saat seorang pengguna akan mengesahkan identitinya melalui Orb.
 

“World menunjukkan bagaimana rupa internet yang disahkan manusia apabila elemen kepercayaan diterapkan sejak awal. Kini, ia adalah alat yang boleh digunakan secara praktikal oleh semua orang, dan menjadi asas kepada ekosistem digital yang lebih berteraskan manusia,” kata Pengurus Besar Serantau Meridian East, dan juga rakan operasi World, Ryuji Wolf.


World Chat ialah pengalaman pemesejan selamat dan tersulit yang dibangunkan dengan mengutamakan aspek kesahihan, privasi dan hubungan sesama manusia. Disepadukan secara terus ke dalam World App, ciri ini menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan lapisan komunikasi berteraskan manusia.
 

Ciri-ciri World Chat:

  • Pemesejan disahkan manusia: Gelembung mesej berwarna biru dan kelabu digunakan bagi menunjukkan sama ada seseorang kenalan itu disahkan manusia melalui World ID
  • Penyulitan hujung ke hujung: Mesej World Chat dilindungi oleh protokol XMTP, menawarkan penyulitan hujung ke hujung yang setanding atau melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Signal, tanpa memerlukan nombor telefon dan tanpa pengumpulan metadata
  • Foto profil kalis deepfake: Tidak lama lagi pengguna boleh memilih untuk mengesahkan bahawa foto profil mereka sepadan dengan wajah sebenar, sekali gus meningkatkan kepercayaan dalam interaksi janji temu, perdagangan serta komuniti


Kemas kini ini menandakan satu langkah signifikan ke arah dunia digital yang lebih selamat, bermanfaat dan dipercayai. Dengan menggabungkan pengesahan manusia dan pemesejan dalam satu platform global, Tools for Humanity membantu membina infrastruktur asas untuk internet yang lebih berteraskan manusia.

World App versi baharu mula dilancarkan di seluruh dunia hari ini melalui platform iOS dan Android.
 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading