DSC07338

Kuala Lumpur – Bagi mencipta kenangan manis serta menyemarakkan lagi hari pertama sesi persekolahan 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menerusi jenamanya, Gardenia Squiggles, telah mengagihkan lebih daripada 1,300 pek snek lazat kepada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Back to School with Gardenia Squiggles 2026, yang bertujuan mewujudkan suasana ceria pada hari pertama persekolahan, khususnya bagi murid Tahun Satu, di samping membantu mengurangkan rasa gementar serta memupuk minda yang positif ketika memulakan tahun akademik baharu.

“Hari pertama persekolahan selalunya dipenuhi perasaan teruja dan gementar, bukan sahaja dalam kalangan murid tetapi juga ibu bapa. Di Gardenia, kami ingin menjadi sebahagian daripada detik bermakna ini dengan membawa kegembiraan dan sentuhan keprihatinan melalui Squiggles, snek yang lazat untuk kanak-kanak. Squiggles bukan sekadar snek; ia merupakan roti gulung yang membangkitkan rasa nostalgia dalam setiap gigitan. Dengan dua perisa kegemaran sepanjang masa, iaitu Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles terus menyebarkan keceriaan kepada semua tanpa mengira usia,” kata Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

“inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kami terhadap komuniti sekolah, termasuk guru, ibu bapa dan murid, yang sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan Gardenia dalam membentuk generasi yang ceria, aktif dan penuh bertenaga,” tambah beliau. Program yang berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi itu telah menerima sambutan mesra daripada seluruh warga sekolah. Kehadiran pasukan Gardenia turut menceriakan suasana di pintu masuk sekolah apabila snek Squiggles diagihkan kepada para murid. Menambah lagi keterujaan, 10 murid terawal yang tiba di sekolah menerima hadiah istimewa sebagai galakan untuk memupuk tabiat baik dan semangat memulakan hari persekolahan lebih awal.

Program ini turut dimeriahkan dengan sesi interaktif ringkas bersama murid-murid melalui aktiviti kuiz semasa perhimpunan sekolah. Sesi tersebut bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah secara tidak langsung memperkenalkan pilihan snek yang menyeronokkan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan murid-murid tampil ke hadapan dengan penuh keyakinan untuk menjawab soalan dan memenangi hadiah.

Gardenia berhasrat untuk meneruskan serta memperluaskan inisiatif seumpama ini ke sekolah-sekolah lain pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong persekitaran pembelajaran yang positif, di samping memupuk motivasi dan kecemerlangan dalam kalangan murid sekolah.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading