4

Kuala Lumpur – Institut Jantung Negara (IJN) berbangga dengan pemilihan ahli pasukannya yang dipilih untuk terlibat dalam pembedahan jantung Tuanku Sultan Brunei.

IJN memaklumkan bahawa Dato’ Sri Dr Azmee Ghazi, Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantung IJN, telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan khas yang terlibat dalam prosedur penting berkenaan.

Pemilihan ini disifatkan sebagai satu bentuk kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan klinikal serta kepakaran pakar IJN, khususnya dalam bidang penjagaan kardiovaskular bertaraf tinggi.

Menurut IJN, jemputan untuk berkhidmat bersama pasukan perubatan khusus Sultan Brunei merupakan satu pengiktirafan profesional yang amat signifikan. Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan IJN sebagai pusat kecemerlangan serantau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa

Penglibatan Dato’ Sri Dr Azmee Ghazi turut menjadi bukti jelas terhadap kepimpinan beliau dalam bidang kardiologi lanjutan dan pengurusan kegagalan jantung. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan IJN dalam melahirkan pakar-pakar perubatan yang memenuhi penanda aras antarabangsa tertinggi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading