01

PUTRAJAYA – Bukan setiap hari dapat melihat Bella Astillah di sebalik kaunter bubble tea.

Namun sempena pembukaan rasmi cawangan pertama TRUEDAN di Malaysia, penyanyi dan pelakon itu meninggalkan seketika pentas persembahan untuk mencuba sendiri tugas sebagai barista di IOI City Mall 2.

Bella bukan sekadar menyapa peminat, malah turun padang menyediakan antara sajian ikonik TRUEDAN, termasuk memarut Meteoric Brown Sugar dan memotong Handmade Taiwanese Jelly sebelum kedua-duanya dimasukkan ke dalam minuman.

Aksinya itu ternyata mencuri perhatian apabila lebih 500 pengunjung hadir memeriahkan acara pembukaan tersebut.

Di belakang kaunter, Bella dapat melihat sendiri bahawa menyediakan secawan bubble tea bukan sekadar mencampurkan minuman dan topping. Setiap bahan memerlukan ketelitian, daripada penyediaan jelly sehingga proses memarut brown sugar yang menjadi identiti TRUEDAN.

Beliau turut mengagihkan Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly serta Taiwanese Crispy Milk Donuts yang digoreng segar kepada peminat dan pelanggan yang hadir.

“Saya memang suka minuman ini, terutamanya Taiwanese Jelly. Teksturnya sangat sedap dan berbeza daripada topping yang biasa kita nikmati. Saya tak pernah jumpa yang macam ini di tempat lain,” kata Bella.

“Meteoric Brown Sugar itu memang lain daripada yang lain! Selepas cuba menyediakannya sendiri hari ini, barulah saya tahu berapa banyak usaha yang diperlukan untuk menghasilkan setiap cawan.”

Bukan itu sahaja, Bella turut mendedahkan bahawa ada dua ‘pelanggan VIP’ yang sudah membuat tempahan lebih awal.

“Dan sudah tentu, Ayden dan Ara dah awal-awal pesan supaya saya bawa balik donut untuk mereka! Itu memang kegemaran mereka, jadi saya dah tahu memang akan tapau beberapa biji balik nanti,” katanya sambil ketawa.

Apa Yang Membuatkan TRUEDAN Berbeza?

Bubble tea mungkin sudah menjadi minuman yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia, tetapi TRUEDAN cuba menawarkan pengalaman yang sedikit berbeza dengan memberi perhatian kepada bahan dan cara penyediaannya.

Antara yang paling menonjol ialah Handmade Taiwanese Jelly.

Berbeza daripada topping bubble tea yang lebih biasa, jelly ini mempunyai tekstur lembut namun kenyal, memberikan sensasi berbeza pada setiap tegukan. Malah, penyediaannya sendiri menjadi sebahagian daripada pengalaman yang dicuba Bella ketika acara pembukaan.

Selain jelly, Meteoric Brown Sugar turut menjadi salah satu identiti utama TRUEDAN.

Brown sugar tersebut diparut segar di kedai dan bukan sekadar ditambah dalam bentuk sirap. Inspirasi daripada meteor yang melintasi langit pula diterjemahkan menerusi serpihan halus brown sugar yang gugur ke dalam minuman, menghasilkan visual tersendiri selain memberikan aroma dan rasa yang lebih kaya.

Gabungan kedua-duanya boleh dinikmati dalam Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly, antara pilihan yang menjadi tumpuan di TRUEDAN.

Bubble Tea Sahaja? Tidak.

Bagi yang menyangka TRUEDAN hanya menawarkan minuman, jenama itu turut mempunyai pilihan snek yang sesuai dinikmati bersama bubble tea.

Taiwanese Crispy Milk Donuts digoreng segar selepas dipesan, menghasilkan tekstur luar yang rangup sementara bahagian dalamnya kekal lembut dan gebu.

Ia hadir dalam tiga pilihan perisa Original, Kunafa Chocolate dan Kunafa Pistachio yang menggabungkan inspirasi snek jalanan Taiwan dengan perisa yang lebih dekat dengan selera tempatan.

Pada acara pembukaan, Bella sendiri mengagihkan donut dan minuman kepada pelanggan yang datang awal, menjadikan kehadirannya bukan sekadar sesi bergambar bersama peminat.

Walaupun kemunculan Bella berlangsung pada 5 September, sambutan pembukaan rasmi TRUEDAN diteruskan pada 6 September.

Pengunjung berpeluang mendapatkan satu Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly bersama satu Taiwanese Crispy Milk Donut secara percuma, tertakluk kepada stok yang masih ada.

Untuk menikmati tawaran tersebut, pelanggan hanya perlu mendaftar sebagai ahli TRUEfriend, program keahlian rasmi TRUEDAN.

Keahlian TRUEfriend turut menawarkan beberapa manfaat eksklusif, termasuk diskaun 15 peratus pada hari Selasa sempena TRUEday, promosi minuman serta baucar istimewa.

Selepas tempoh pra-pembukaan selama sebulan, pembukaan rasmi di IOI City Mall 2 menandakan langkah seterusnya TRUEDAN dalam membawa pengalaman bubble tea berinspirasikan Taiwan kepada pengguna Malaysia — kali ini dengan sedikit kelainan, daripada jelly buatan tangan dan brown sugar yang diparut segar hinggalah donut yang terus digoreng apabila dipesan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading