Penciptaan lagu tersebut adalah susulan sambutan luar biasa yang diterima daripada peminat DSV, 47, menerusi single sulungnya bertajuk I Am Me pada tahun lalu yang mencecah jumlah tontonan 11 juta.

“Rentak lagu ini catchy, jadi kenalah dengan jalan ceritanya yang ceria. Konsep lagu ini mudah saja sebab nak gambarkan suasana raya yang meriah apabila anak-anak balik raya dan berkumpul bersama ibu bapa. Itu sahaja,” katanya.

Tambah DSV, rakaman lagu raya ini dibuat dua minggu sebelum puasa sambil dipantau oleh Cat sendiri.

Muzik video rasmi Lavida Raya yang diarahkan oleh kakitangan syarikat DSV sendiri ini boleh mula ditonton di laman You Tube bermula pukul 9 malam ini.