KUALA LUMPUR – Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap individu yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman sosial Facebook (FB).

Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO diketuai Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang  Wangi, di sini, tengah hari tadi.

NGO lain ialah Kesatuan Melayu National, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Refomis dan Kipidap.

“Semalam, dalam satu kenyataan di FB, netizen tersebut mengugut mahu menembak Tun (Dr Mahathir), selain menyatakan hampir 2,000 ahli persatuan NGO seperti Persatuan Ayahanda akan berhimpun di Dataran Merdeka di sini sebagai satu protes menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya mewakili NGO lain ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit  seperti dakwaan individu itu. Kami menyokong sepenuhnya kerajaan semasa kerana negara kita merupakan negara berdemokrasi dan setiap keputusan adalah pilihan rakyat sendiri, jadi hormati keputusan itu,” katanya.

Abdul Rani berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabi, bagi membendung gejala yang boleh menjejaskan keharmonian negara ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading