Setelah hampir teruk dikecam peminat sukan motosikal bertaraf dunia MotoGP dan mendapat tekanan yang hebat dari pasukannya Ducati, Lorenzo bangkit dan membuktikan bahawa dia masih berbisa dan berjaya menjuarai perlumbaan MotoGP pusingan ke 6 di sirkut Mugello, Itali. 

Lorenzo yang memulakan perlumbaan di barisan pertama di belakang Valentino Rossi berjaya mendahalui perlumbaan dan muncul juara diikuti teman sepasukan Ducati, Andrea Dovizioso di tempat kedua dan Valentino Rossi di tempat ketiga. 

Ini adalah kemenangan yang pertama buat Lorenzo bersama pasukan Ducati semenjak tahun 2017 pemindahannya dari pasukan Yamaha ke Ducati. Jika sebelum ini Ducati mengatakan yang mereka teragak-agak untuk menyambung kontrak Lorenzo bersama Ducati pada musim depan kerana prestasi Lorenzo yang kurang menyerlah sepanjang bersama pasukan itu, adakah dengan kemenangan ini akan membuatkan Ducati berubah fikiran dan akan menyambung semula kontrak Lorenzo untuk tahun 2019? 

Manakala pelumba negara Hafizh Syahrin yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 pula berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 12 dan mengumpul 4 mata untuk pusingan kali ini. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading