Terkini

TRIplc : Peka Dengan Saranan Kerajaan Dalam Menjalankan Ujian Covid-19 Kepada Pekerja Di Tapak Pembinaan

Puncak Alam – TRIplc Berhad anak syarikat kepada Puncak Niaga Holdings Berhad telah mengambil inisiatif untuk membuat ujian Covid-19 kepada semua pekerja di tapak projek pembinaan Hospital UiTM Kampus Puncak Alam.

Proses ujian yang bermula pada jam 9.30 pagi ini melibatkan seramai 122 orang pekerja di tapak pembinaan iaitu seramai 28 orang kakitangan pejabat tapak projek termasuk kontraktor dan 94 orang pekerja warga negara asing.

Inisiatif ini merupakan sokongan kepada usaha pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19.

En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan TRIplc Berhad turut serta memantau proses ujian Covid-19 pada hari ini. Menurut beliau ketika memberikan penerangan kepada wakil pihak Polis daripada IPD Sg. Buloh yang memantau pematuhan SOP di tapak-tapak projek, ujian ini akan diteruskan lagi kepada semua pekerja di tapak projek
melibatkan lebih 700 orang pekerja bukan warga negara.

Pihak Polis juga berpuas hati dengan proses yang berjalan dan pematuhan SOP oleh pihak TRIplc Berhad.

Sementara itu, ketika ditemubual, En. Mohd Firdaus Abd. Rahman, Penolong Jurutera, Bahagian Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Kampus Puncak Alam berpuas hati dengan proses yang berjalan pada hari ini.

Seramai 14 orang pegawai perubatan yang dibantu oleh 12 orang Skuad HSSE dan kakitangan dari syarikat TRIplc Berhad telah terlibat untuk menjayakan proses ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: