Terkini

Subsidi RM150 setiap saringan COVID-19 untuk majikan – Saravanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersetuju menyediakan subsidi kepada majikan yang menjalankan ujian COVID-19 terhadap pekerja menerusi perluasan skop Program Saringan Prihatin (PSP) berkuat kuasa hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, majikan dibenarkan membuat tuntutan subsidi RM150 bagi setiap saringan COVID-19 yang telah dijalankan ke atas pekerja mereka yang mencarum dengan Perkeso.

“Program subsidi ini akan menggunakan peruntukan dana sebanyak RM200 juta yang telah diluluskan Perkeso sebelum ini.

“Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kerja Raya bersetuju supaya skop PSP Perkeso diperluaskan dengan menambah bilangan penyedia perkhidmatan saringan COVID-19,” katanya.

Oleh itu, majikan boleh menghantar pekerja menjalani saringan di mana-mana klinik atau hospital yang diluluskan oleh KKM.

Savaranan berkata, di bawah program subsidi ini, pekerja asing dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan kawalan keselamatan di Selangor dan Kuala Lumpur akan diberi keutamaan untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

“Ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjalankan saringan secara bersasar supaya rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan,” tambahnya.

Saravanan berkata bagi pekerja yang tidak termasuk dalam golongan sasar tersebut, kos saringan perlu ditanggung majikan sebagai kesinambungan kepada usaha pencegahan jangkitan COVID-19 dalam kalangan semua pekerja di negara ini.

Beliau berkata, prosedur program subsidi tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Portal Prihatin https://prihatin.perkeso.gov.my yang disediakan Perkeso.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: