Terkini

Kes Hasanah: Saksi pendakwaan dijangka selesai beri keterangan sebulan

KUALA LUMPUR – Saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid dijangka selesai memberi keterangan dalam tempoh sebulan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhamad Asyraf Md Kamal memaklumkan perkara itu semasa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh perbicaraan baharu hari ini.

Semasa ditanya Ahmad Shahrir mengenai masa yang diperlukan pihak pendakwaan untuk memanggil baki saksi bagi memberi keterangan, Muhamad Asyraf berkata: “ termasuk 11 saksi yang akan memberi keterangan secara tertutup, pihak kami menjangkakan dalam tempoh sebulan”.

Setakat ini pihak pendakwaan telah memanggil empat saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 6 Okt. Sebelum ini pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil 37 saksi termasuk 11 saksi yang akan memberi keterangan secara tertutup itu.

Ahmad Shahrir menetapkan 5 hingga 16 April, 3 hingga 7 Mei dan 24 hingga 28 Mei untuk menyambung perbicaraan.

Terdahulu Muhamad Asyraf memohon supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan hari ini hingga Khamis ini dilapangkan kerana TPR Muhammad Iskandar Ahmad yang tinggal di Klang tidak dapat hadir berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sekiranya perbicaraan berlangsung tanpa kehadiran beliau, ia akan menjejaskan pasukan pendakwaan  memandangkan beliau ketua pasukan pendakwaan dan segala arahan datang daripada beliau. Beliau juga mempunyai saksi-saksinya sendiri,” katanya.

Muhamad Asyraf berkata mengambil kira juga perintah PKPB yang akan turut diperluaskan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, ia akan  memberi kesan kepada saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

“Pihak pendakwaan memohon sekiranya mahkamah dapat melapangkan tarikh bicara yang ditetapkan sebelum ini dan menetapkan tarikh baharu,” katanya.

Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Hasanah tidak membantah permohonan itu.

Ahmad Shahrir berkata mahkamah bertanggung jawab bagi memastikan PKPB dipatuhi dan membenarkan penangguhan.

“Oleh yang demikian perbicaraan kes ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain,” katanya. 

Hasanah dituduh sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah (KP) Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia di pejabat KP Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Hasanah, 62, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: