Realme meneruskan kempen agresif pelancaran produk mereka dengan mengumumkan akan memperkenal satu lagi telefon pintar baru minggu depan. Selepas memperkenalkan alat penimbang berat dan berus gigi awal bulanini, realme kini melancarkan telefon pintar Realme 7i.
Awal tahun ini, Realme telah melancarkan Realme 5i pada bulan Januari. Ia diikuti oleh ketibaan Realme 6i tidak lama selepas itu, pada bulan April. Selepas 6 bulan, Realme 7i pula dilancarkan. Realme boleh dikatakan, menuruti kitaran 6 bulan untuk model baru siri ‘i’, sama seperti siri biasa.

“Kami selalu mengutamakan peminat kami dengan memberikan produk sesuai dengan gaya hidup harian mereka. Sebagai satu jenama yang berani, realme membolehkan peminat terus menikmati kekuatan paparan dan kamera terkini teknologi peranti yang menjadi -trendsetting – realme 7i dan realme C17.
Kedua-dua peranti ini boleh didapati di Malaysia sekarang untuk peminat memilih telefon pintar yang mereka mahukan sama ada mengenai reka bentuk premium atau spesifikasi memenuhi keperluan harian mereka, ” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.
realme 7i ini dikuasakan oleh cip baru Snapdragon 662. Kuasa ini dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.1 128GB. Terdapat tiga slot kad boleh dipasang serentak, iaitu dua kad sim nano dan satu kad mikroSD.


Salah satu tarikan utama untuk telefon ini adalah skrin LCD 90Hz berukuran 6.5-inci. Tetapi ia hanya memiliki resolusi HD 720p sahaja. Baterinya pula sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm.
Kamera di belakangnya ada empat, dengan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera hitam putih 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.1, terletak di dalam lubang di atas skrin.
realme 7i menjalankan sistem operasi Realme UI, berasaskan Android 10. Pengimbas cap jarinya terletak di belakang dan ia ada satu speaker sahaja.


| Spesifikasi Realme 7i | |
|---|---|
| Prestasi | |
| CPU | Octa-core (4×2.0 GHz Kryo 260 Gold & 4×1.8 GHz Kryo 260 Silver) |
| Chipset | Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 (11 nm) |
| GPU | Adreno 610 |
| Memory | 128GB 8GB RAM, UFS 2.1 |
| Card Slot | microSDXC (dedicated slot) |
| Battery | Li-Po 5000 mAh, non-removable battery Fast charging 18W |
| OS | Android 10, Realme UI |
| Skrin | |
| Display Type | IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors |
| Display Size | 6.5 inches, 102.0 cm2 (~82.3% screen-to-body ratio) 720 x 1600 pixels, 20:9 ratio (~270 ppi density) |
| Display Features | Corning Gorilla Glass 90Hz refresh rate |
| Badan | |
| Body Dimension | 164.1 x 75.5 x 8.9 mm |
| Body Weight | 188g |
| Body Type | |
| Colors | Aurora Green, Polar Blue |
| Kamera | |
| Rear Camera | Quad: 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.73″, 0.8µm, PDAF + 8 MP, f/2.3, 119˚, 16mm (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
| Front Camera | 16 MP, f/2.1, 26mm (wide), 1/3″, 1.0µm |
| Video | 1080p@30fps, gyro-EIS Selfie: 1080p@30fps, gyro-EIS |
| Camera Features | LED flash, HDR, panorama Selfie: HDR |
| Komunikasi | |
| Sim Card | Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by) |
| Data Speed | HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A |
| WLAN | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot |
| Bluetooth | 5.0, A2DP, LE |
| NFC | |
| Infrared | |
| USB | USB Type-C 2.0, USB On-The-Go |
| Sensor | |
| Sensor | Fingerprint (rear-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass |
| GPS | Yes, with A-GPS, GLONASS, BDS |
| Audio | |
| Loud Speaker | Yes |
| 3.5mm Jack | Yes |
