Terkini

Australia mula pengeluaran vaksin dibangunkan Universiti Oxford

SYDNEY – Australia pada Isnin memulakan pembuatan vaksin percubaan COVID-19 tempatan yang dibangunkan Universiti Oxford dengan kira-kira 30 juta dos dirancang untuk dihasilkan, lapor agensi berita Xinhua.

Walaupun masih menjalani ujian klinikal, vaksin, yang dikembangkan dengan kerjasama syarikat farmasi AstraZeneca, dianggap mempunyai potensi untuk digunakan di seluruh dunia.

Sebelum ini, firma bioteknologi Australia CSL mempunyai perjanjian dengan AstraZeneca dan kerajaan Australia untuk memulakan pengeluaran vaksin, dijangka tersedia pada separuh pertama 2021 sekiranya ujian klinikal seterusnya berhasil.

Ketua Pegawai Sains CSL, Andrew Nash, berkata dijangkakan dua dos vaksin diperlukan kepada setiap orang bermakna ia dapat diberikan kepada 15 juta penduduk.

CSL sudah menghasilkan beberapa dos vaksin percubaan yang lain dikembangkan Universiti Queensland, sedang di peringkat memasuki ujian klinikal fasa 2b/3.

Ujian seterusnya yang dibuat universiti itu masih tertangguh kerana menunggu hasil fasa pertama.

–BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: