Terkini

Nikah di masjid hanya dalam zon hijau

MELAKA – Pernikahan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 11 November depan di negeri ini hanya dibenarkan di masjid yang berada dalam kariah zon hijau, iaitu tiada kes positif pandemik COVID-19.

Bagi majlis pernikahan di kariah yang berada dalam zon kuning, jingga dan merah, iaitu yang ada kes positif pandemik berkenaan, ia hanya boleh dibuat di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat, berkata hanya lapan orang dibenarkan hadir pada majlis berkenaan, iaitu wali, pendaftar atau jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua saksi, seorang wakil keluarga pengantin lelaki dan seorang wakil keluarga pengantin perempuan.

“Majlis akad nikah harus dibuat dalam tempoh 20 minit sahaja, termasuk khutbah nikah dan lafaz taklik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata majlis yang ada kaitan dengan pernikahan seperti penukaran barangan hantaran antara pengantin lelaki dengan pengantin perempuan tidak dibenarkan pada majlis itu.

Semua pihak yang hadir pada majlis berkenaan disyaratkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), terutama memakai pelitup muka dan dalam keadaan jarak fizikal satu meter.

Bagi majlis yang diadakan di masjid, pihak pengurusan masjid harus memastikan ia diadakan dalam ruang yang luas yang boleh dipastikan semua hadirin mampu menjaga jarak fizikal.

Katanya, kebenaran itu adalah sejajar kebenaran diberikan Jabatan Mufti Melaka kepada umat Islam di negeri ini untuk menunaikan solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di masjid tetapi dengan syarat semua pihak harus mematuhi SOP.

Beliau berkata, pemilihan hanya masjid dalam kariah zon hijau bertujuan memelihara kesihatan anak kariah, terutama bagi mengelak daripada dijangkiti pandemik berbahaya itu.

Umat Islam harus terus berdoa agar Allah SWT menamatkan pandemik berkenaan, sekali gus membolehkan ibadat solat berjemaah di masjid mampu dibuat seperti biasa dan aktiviti agama mampu dilaksanakan seperti sebelum ada COVID-19, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: