Bisnes

Bank Islam sasar 500,000 pelanggan baharu melalui aplikasi ‘TheNoor’

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan untuk meraih seramai 500,000 pelanggan baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang melalui aplikasi digital, ‘TheNoor’.

Perjanjian Persefahaman (MoU) telah dimeterai dengan Noor Luminous Sdn Bhd bagi menawarkan kemudahan dan produk perbankan Islam melalui aplikasi yang dimiliki syarikat berkenaan, baru-baru ini.

Bank Islam juga dilantik sebagai bank rasmi aplikasi itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed dalam kenyataan hari ini.

“Ia membolehkan kami menyediakan pelbagai kemudahan dan produk perbankan Islam, termasuk pengurusan tunai, pembiayaan peribadi, kenderaan dan perumahan pada kadar istimewa serta pembiayaan perniagaan kepada ejen dan stokis Nilofa Group,” katanya.

Gerbang pautan di aplikasi itu akan membolehkan pengguna mengakses kepada pelbagai produk dan perkhidmatan banknya seperti pembiayaan runcit, perusahaan kecil dan sederhana, takaful, kad kredit dan debit serta pembukaan akaun.

Kerjasama ini dapat menyokong usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan serta membina satu ekosistem yang dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka, kata Mohd Muazzam.

Ia juga sejajar dengan hala tuju pendigitalan Bank Islam untuk membawa inovasi pada tawaran perbankan agar menepati kehendak, keperluan dan citarasa semasa pelanggan.

Dilancarkan pada Januari 2021, ‘TheNoor’ adalah sebuah aplikasi gaya hidup Muslim yang menerapkan aspek-aspek kerohanian dalam kehidupan harian, cetusan idea selebriti dan usahawan tempatan Noor Neelofa Mohd Noor yang lebih popular dikenali sebagai Neelofa. 

Paparan aplikasi tersebut meliputi waktu solat, penentuan arah kiblat, pemain media serta terjemahan ayat-ayat suci al-Quran kepada lima bahasa; Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris dan Indonesia.

Ia juga menyediakan koleksi hadis dan maklumat pelancongan bagi rujukan pengguna, selain berperanan sebagai sebuah platform e-dagang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: