Terkini

Yayasan Selangor lupus RM7.7 juta pinjaman pelajar

SHAH ALAM – Yayasan Selangor selesai melupuskan pinjaman 762 pelajar tajaan mereka membabitkan kesan kewangan RM7.7 juta.

Keputusan itu diluluskan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor pada 7 Oktober tahun lalu.

  • Membabitkan pelajar tahun 1985 hingga 2012
  • Peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian awam dan swasta

Selain itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor untuk membantu pelajar mengikuti pembelajaran digital.

Melalui peruntukan RM250,000, program yang dilancarkan pada 16 Januari memanfaatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia.

Portal tersebut memuatkan:

  • Video pembelajaran guru terlatih
  • Teknik menjawab soalan peperiksaan
  • Modul boleh dimuat turun dalam bentuk PDF

Dilaksanakan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), seramai 5,095 pelajar mendaftar selain 155 pendaftaran dari negeri lain setakat 7 Februari.

Pempengaruh media sosial Iman Troye turut terlibat dalam video promosi program tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: