Luar Negara

Tiger Woods kemalangan, jalani pembedahan

Jaguh golf Tiger Woods dikejarkan ke hospital Los Angeles selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

Menurut laporan Reuters, Woods, 45 tahun, berseorangan dalam kereta utiliti sukan (SUV) yang dinaikinya, dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi itu.

Memetik laporan Reuters, Woods, 45, yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) sendirian terlibat dalam nahas tu kira-kira jam 7.12 pagi.

Menurut ejen pemain itu, Daniel Rapaport, Woods kini sedang melalui pembedahan.

“Woods terbabit dalam satu kemalangan kereta di California di mana dia mengalami beberapa kecederaan di kaki.

“Dia kini melalui pembedahan dan kami ucapkan terima kasih atas ruang peribadi dan sokongan anda,” kata ejennya dalam satu kenyataan seperti dipetik portal tersebut.

Dilaporkan juga, kejadian tersebut berlaku berhampiran pinggir bandar Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes.

Imej video di tempat kejadian, menunjukkan SUV milik Woods dalam keadaan terbalik ke sisi, sekitar 30 kaki dari jalan raya, dengan bahagian depannya rosak teruk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: