Hiburan

SENIMAN agih barangan keperluan kepada penggiat seni, krew dan media

KUALA LUMPUR – Program Bantuan Inisiatif anjuran Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) diharap dapat meringankan beban anak seni sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ini.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya mengambil Inisiatif mengagihkan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada ahlinya yang diberi nama raga Seniman Yadululiya.

“Untuk program amal ini, kami bergabung dengan Pondok Motivasi yang dikelolakan Ustaz Ashraf Suarin dan juga beberapa penyumbang yang lain.

“Beberapa orang artis juga terlibat sebagai penyumbang seperti Fasha Sandha yang bermurah hati menyumbang sejadah” katanya.

Maenurutnya lagi, Ebby Yus dan Salman Al-Farisi turut bertanggung jawab sebagai penggerak kepada program sumbangan pada hari ini.

“Antara barangan yang diberi adalah beras, gula, minyak, tepung, telur, roti, milo dan sebagainya,” katanya kepada Malaysianews TV.

Zed berkata, persatuan sedar sejak pelaksanaan PKP, ramai ahli tidak bekerja berikutan penggambaran dihentikan.

“Apabila ini berlaku, secara tidak langsung, pendapatan mereka terjejas. Saya terima banyak panggilan telefon daripada ahli yang mengadu nasib mengenai kepayahan mereka.

“Kita sedar, dengan pelaksanaan PKP yang kini disambung kepada PKP 2.0, ramai ahli tiada kerja apabila semua penggambaran ditunda.

“Apabila ini berlaku, secara tidak langsung pendapatan mereka terjejas. Saya terima banyak panggilan telefon mengadu nasib atas kesusahan mereka.

“Dengan duit tabungan yang ada, sumbangan individu, anak seni dan wang saku pucuk pimpinan SENIMAN, kita cuba bantu apa yang terdaya,” katanya.

Zed atau nama sebenar, Rozaidi Jamil berkata, program sumbangan pada hari ini turut diperluaskan kepada krew produksi dan petugas media yang terkesan.

Tambahnya, pihaknya mengamalkan penjarakkan sosial dan kaedah pandu lalu bagi mengelak ahli berkerumun ketika kerja pengagihan dibuat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: