Sukan

MB Kedah janjikan imbuhan buat Zii Jia

Alor Setar – Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang berjaya merangkul kejuaraan badminton All England pada Ahad lalu, bakal menerima imbuhan daripada kerajaan negeri Kedah.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata bentuk imbuhan itu bagaimanapun masih dalam pertimbangan, manakala majlis khas untuk meraikan anak kelahiran Kedah itu akan diadakan selepas Zii Jia tamat tempoh kuarantin setelah pulang dari luar negara.

“Kita akan hargai sumbangan Lee Zii Jia, sangat bangga dengan pencapaian beliau yang masih muda baru berusia 23 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menyifatkan Zii Jia layak menjadi contoh buat semua keluarga di negara ini kerana kejayaan setiap anak-anak bergantung kepada sokongan kuat daripada keluarga sendiri.

“Beliau ada ciri-ciri sokongan keluarga yang kuat dan saya rasa faktor kekeluargaan kuat inilah akan membantu kejayaan anak-anak.

“Ibu bapa ada anak-anak mempunyai kemahiran sukan perlu beri galakan dan sokongan moral agar anak-anak berjaya dan Zii Jia contoh yang mendapat sokongan jitu keluarga dan punyai tahap disiplin tinggi dalam latihan dan kejohanan,” katanya.

Pada aksi final di Utilia Arena Birmingham, Zii Jia menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun untuk meraih gelaran All England, selepas menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22 dan 21-9.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: