Bisnes

Jalil Abdul Rasheed beli 70 juta saham BCorp

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Abdul Jalil Abdul Rasheed membeli 70 juta saham atau 1.4 peratus dalam kumpulan itu pada harga 28 sen sesaham.

BCorp dalam satu kenyataan berkata, pembelian kepentingan ekuiti oleh Abdul Jalil itu mencerminkan tadbir urus korporat kumpulan yang baik.

Katanya, sebagai CEO dan pemegang saham minoriti, Abdul Jalil akan bertindak demi kepentingan kumpulan serta pelbagai pihak berkepentingan lain.

Ia, katanya, akan membawa kumpulan menjadi organisasi korporat bernilai tinggi, sekali gus mencipta dan meningkatkan nilai untuk pemegang sahamnya.

Mengulas mengenai perolehan kepentingannya itu, Abdul Jalil, berkata, beliau mengambil alih jawatan sebagai CEO bagi melaksanakan transformasi BCorp. 

“Dengan pengalaman korporat saya, langkah ini adalah wajar apabila kepimpinan kanan mendapat insentif dan sejajar dengan semua pemegang saham minoriti. 

“Oleh itu, menjadi pemegang saham dan CEO akan membenarkan saya melaksanakan perubahan dengan insentif yang tepat,” katanya. 

Abdul Jalil dilantik sebagai CEO BCorp pada 16 Mac 2021.

Beliau sebelum ini adalah bekas Presiden & CEO Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), pengurus dana amanah negara.

Beliau mempunyai pengalaman 18 tahun dalam kepimpinan perniagaan dan pelaburan, selepas berkhidmat di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Malaysia dan Singapura bersama firma pelaburan global, Aberdeen Standard Investments serta Invesco Limited.

Selain pengalaman pelaburan, Abdul Jalil juga mempunyai pengalaman selama beberapa tahun bekerja bersama syarikat besar dan Lembaga Pengarah dalam bidang tadbir urus korporat serta memupuk kecemerlangan dan keberkesanan operasi.

Sebagai CEO BCorp, Abdul Jalil akan bekerjasama dengan Pengerusi Eksekutif BCorp, Tan Sri Vincent Tan dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Robin Tan dalam semua keputusan strategik seperti membuat dan merancang arah perniagaan masa depan kumpulan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: