Terkini

Khairy sahkan pekerja hotel di Pahang, termasuk Genting, sudah divaksin

Kuala Lumpur – MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pekerja di 56 hotel di Pahang, termasuk di Genting Highlands, telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

Khairy yang bertanggungjawab dalam program vaksin negara berkata keputusan untuk memberikan suntikan kepada  pekerja industri pelancongan lebih awal daripada kelompok berisiko lainnya, dibuat oleh Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Pahang.

Justeru, beliau menafikan dakwaan di media sosial bahawa beliau telah memberikan arahan untuk pekerja di hotel dan kasino Kumpulan Genting divaksinasi lebih awal berbanding warga emas dan guru yang masih menunggu vaksinasi di daerah Bentong.

“Pihak CITF Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan CITF Negeri ini selepas mereka memulakan vaksinasi kepada kumpulan tersebut.

“Susulan kejadian ini, saya telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri Pahang pada 12 April 2021 bahawa keputusan untuk menyenaraikan kumpulan awal penerima vaksin adalah di bawah bidang selia JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin).

“Sehingga mana-mana kumpulan disenaraikan, keputusan senarai keutamaan terdahulu adalah terpakai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: