Terkini

Penerima faedah Yayasan Peneraju tersenarai antara terbaik dunia

KUALA LUMPUR Penerima faedah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) sekali lagi tersenarai antara yang terbaik di dunia dalam peperiksaan Chartered Financial Analyst (CFA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) baru-baru ini.

Empat daripada penerima faedah bagi program Peneraju Profesional CFA berada di kedudukan 10% teratas berbanding calon-calon global yang menduduki peperiksaan Tahap 1 pada bulan Februari. Mereka adalah Adam Syafiq Azuden, 28, Siti Nursyahira Mat Rozi, 25, Mohamed Azri Marsan, 25, dan Muhammad Aiman Abdul Rahim, 26. Dengan 44 peratus kadar lulus terkini bagi CFA Tahap 1, ia menjadikan peperiksaan tersebut antara peperiksaan profesional yang paling sukar di dunia.

Kesemua pelajar terbaik peringkat global ini kini bekerja dan menyumbang kepakaran masing-masing di syarikat-syarikat terkemuka seperti Telekom Malaysia, Bond and Sukuk Information Platform Sdn Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dalam bidang kewangan, pelaburan dan perbankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ts. Mohd Muzzammil Ismail berkata profesion CFA yang diiktiraf di peringkat global telah dikenal pasti sebagai salah satu tenaga kerja profesional yang mendapat permintaan tinggi di sektor perkhidmatan kewangan dan pelaburan yang merupakan antara industri yang sedang pesat berkembang.

Berikutan permintaan yang semakin meningkat dan jurang yang semakin luas, Yayasan Peneraju memainkan peranan sebagai salah sebuah agensi yang menyediakan peluang pembiayaan untuk terus melahirkan lebih ramai pemegang CFA Bumiputera di Malaysia.

Yayasan Peneraju telah merealisasi aspirasi seramai 473 orang pemegang CFA sejak program pembiayaan ini ditawarkan pada 2013.

Bagi ACCA pula, Muhammad Aiman Abd Rashid, 24, yang mendapat tajaan bersama dari Yayasan Peneraju dan Permodalan Nasional Berhad telah dinobatkan sebagai Top Affiliate, menduduki tempat ke-3 di Malaysia dan ke-20 di dunia semasa peperiksaan Mac 2021.

Aiman juga merupakan penerima faedah ketiga di bawah Yayasan Peneraju yang dinobatkan sebagai Top Affiliate selain menerima anugerah Malaysian Prize Winner bagi kertas Advanced Taxation yang membawa kedudukan pertama di Malaysia dan ke-22 seluruh dunia.

Penerima faedah berikutnya, Arif Aezuddin Zamri, 19, dianugerahkan CAT Global Prize Winner bagi kertas Managing Costs and Finance dan berada di kedudukan pertama di Malaysia dan seluruh dunia.

Dalam inisiatif Yayasan Peneraju yang memfokuskan pada pembinaan dan pengukuhan keupayaan bakat Bumiputera ke arah kelestarian yang lebih kukuh, Yayasan Peneraju setakat ini telah menghasilkan tiga Top Affiliates ACCA Malaysia dan 69 Prize Winners yang terdiri daripada dua ACCA Global Prize Winners, 29 ACCA Malaysia Prize Winners, 30 CAT Global Prize Winners dan lapan CAT Malaysia Prize Winners sejak program persijilan profesional ini ditawarkan pada 2012.

Ini menjadikan Yayasan Peneraju sebagai salah satu badan biasiswa terbesar yang menghasilkan CAT dan ACCA Prize Winners sama ada di peringkat tempatan mahupun global dan jumlahnya dijangka akan terus meningkat.

Yayasan Peneraju, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, telah diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, persijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.

Agensi ini telah merealisasi aspirasi lebih 36,000 penerima faedah dari seluruh Malaysia melalui 276 program pembiayaannya, dengan pengagihan peruntukan sebanyak RM822 juta dalam tempoh sembilan tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: