Dua perkara yang mampu menyatukan orang ramai tanpa mengira di mana mereka berada ialah keterujaan terhadap sukan dan peluang mendapatkan tawaran menarik.
Sempena Sambutan Hari Larian Sedunia, Samsung Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk lebih aktif menerusi kempen ‘Step Up Challenge Malaysia’. Kempen yang berlangsung dari 3 hingga 21 Jun 2026 ini menggalakkan peserta berjalan, berlari, berjoging atau sekadar kekal aktif sepanjang tempoh cabaran dengan melengkapkan jumlah 126,000 langkah.
Peserta yang berjaya menyelesaikan cabaran tersebut berpeluang memenangi baucar bernilai RM200 yang boleh ditebus dalam ekosistem Samsung, sama ada untuk menaik taraf peranti teknologi anda kepada Galaxy Ring atau mungkin memiliki Samsung Galaxy Watch yang baharu.
Rasakan 126,000 langkah itu mudah? Hanya ada satu cara untuk mengetahuinya. Cabar diri anda dan sertai kami dalam Step Up Challenge Malaysia pada Jun ini.
Cara Menyertai Cabaran
- Pastikan aplikasi Samsung Health telah dipasang pada peranti anda dan anda telah log masuk ke Akaun Samsung.
- Buka aplikasi Samsung Health dan sertai Step Up Challenge Malaysia melalui salah satu cara berikut:
- Tekan ikon tiga titik di bahagian kanan atas → pilih “Promotions” → klik pada banner kempen, atau
- Tekan kad kempen di halaman utama → pilih “Join Now”.
- Lengkapkan sebanyak 126,000 langkah sepanjang tempoh pertandingan.
- Jumlah langkah akan direkodkan dalam aplikasi Samsung Health di bahagian “Together”, dan peserta yang berjaya menamatkan cabaran akan diiktiraf sebagai Finisher.
Cara Menebus Baucar RM200
- Setelah bergelar Finisher, buka aplikasi Samsung Health dan tekan ikon tiga titik di bahagian kanan atas.
- Pilih “Promotions” dan pergi ke halaman “Activities” untuk menuntut Hadiah Finisher bernilai RM200 menerusi aplikasi Samsung Members.
- Tebus baucar anda sepanjang tempoh penebusan dari 3 Jun hingga 21 Julai 2026.
- Baucar boleh digunakan melalui:
- Pembelian dalam talian – masukkan kod baucar semasa proses pembayaran di kedai yang mengambil bahagian.
- Pembelian di kedai fizikal – tunjukkan kod baucar dalam aplikasi Samsung Members kepada juruwang.
- Penebusan baucar RM200 adalah terhad kepada pembelian maksimum dua unit model yang mengambil bahagian, iaitu satu (1) unit melalui pembelian dalam talian dan satu (1) unit melalui pembelian di kedai fizikal.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Step Up Challenge Malaysia, layari: https://shealth.samsung.com/deepLink?sc_id=app.main&action=view&destination=message&id=8752
