Terkini

Perintah gaji minimum dikaji semula – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang melaksana kajian semula perintah gaji minimum 2020, bagi memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosioekonomi semasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu gaji minimum dan tidak menafikan biarpun pelbagai bantuan disediakan, masih terdapat golongan pekerja yang terjejas dan akan mengambil masa lebih lama untuk kembali menikmati kehidupan seperti sebelum tercetusnya wabak COVID-19.

“Saya berharap dan meminta semua pihak yang ingin menyuarakan pendapat dan cadangan berkenaan isu ini mengambil bahagian dalam platform yang disediakan,” katanya ketika menyampaikan amanat khas sempena Hari Pekerja bertemakan Pembudayaan Norma Baru Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat, hari ini.

Muhyiddin juga berkata, kerajaan dalam proses menambah baik dan meminda undang-undang perburuhan contohnya Akta Kerja 1955 dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji, memanjangkan cuti bersalin kepada 90 hari dan pemberian cuti paternity selama tiga hari.

Katanya, amalan kerja akan ditambah baik dan pelaksanaan kehidupan yang lebih seimbang (work life balance) melalui pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam selain memperkenalkan aturan kerja fleksibel.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan terus berusaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam mempersiapkan keboleh pasaran untuk pekerjaan masa hadapan.

“Walaupun banyak institusi latihan terpaksa ditutup berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian tetap diteruskan dan program latihan secara modular dan micro credentials diperluaskan,” katanya.

Perdana Menteri turut mengulas, pelbagai inisiatif juga diambil kerajaan dalam memastikan rakyat mempunyai peluang pekerjaan luas antaranya menyediakan perkhidmatan pekerjaan dan pemadanan kerja melalui Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara (MYFutureJobs), UpskillMalaysia, HRDF Placement Centre (HPC) dan karnival pekerjaan secara bersasar.

“Antara inisiatif diperkenalkan ialah menerusi program Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP). Sehingga 16 April lalu, seramai 30,377 orang sudah pun berjaya mendapat pekerjaan melalui program MySTEP.

“Daripada jumlah ini, seramai 27,503 pemohon ditempatkan di sektor awam manakala 2,874 orang pula ditempatkan bersama GLC dan rakan rakan strategiknya,” katanya turut menjelaskan inisiatif disasar akan mengurangkan jumlah pengangguran, khususnya di kalangan lepasan universiti.

Sebagai satu daripada usaha pendigitalan kerajaan, Muhyiddin berkata, hab e-pembelajaran baharu yang dikenali sebagai e-LATiH sudah dibangunkan untuk membolehkan rakyat mengakses secara percuma lebih 300 modul latihan pengembangan kemahiran yang disediakan berdasarkan keperluan industri.

“Kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan memperkenalkan Dasar Pinjaman Boleh Ubah Program Pinjaman Latihan Kemahiran bagi peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sejajar hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam negara selain mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya.

Sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, Muhyiddin yakin rakyat khususnya warga pekerja akan kekal berdaya tahan dan saling memperkukuh dalam menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

“Peranan saudara dan saudari mainkan sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara selama ini adalah sangat penting dan dihargai kerajaan.

“Marilah kita teruskan usaha kita bersama untuk masa depan Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: