Luar Negara

Muslim Pro kolaborasi dengan UNICEF dan Dompet Dhuafa untuk Kempen Membantu Pendidikan dan Kebajikan Kanak-Kanak di Yaman, Indonesia

SINGAPURA – Muslim Pro, aplikasi agama dan komuniti Muslim paling terkenal di dunia dengan 100 juta muat turun setakat ini, bekerjasama dengan UNICEF untuk pengumpulan dana khalayak (crowdfunding) peringkat global pertama aplikasi ini bagi usaha untuk mengumpul wang untuk Rayuan Kanak-Kanak di Yemen.

Usaha ini berikutan dengan sokongan penuh yang telah diberikan para pengguna Muslim Pro dalam menjayakan kempen Khatam Quran Muslim Pro yang mana ianya mendorong pengguna untuk khatam Quran di bulan Ramadan. Setakat ini, kempen ini berjaya mencapai lebih dari sasaran awal, dengan hampir 500,000 bacaan Al-Quran telah dibuat di seluruh dunia sejak awal Ramadan.


Muslim Pro mereka fitur Khatam dengan tujuan: menjadikan niat yang baik kepada amalan yang positif. Kempen ini mensasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 penyelesaian bacaan Quran, dan berikrar untuk menyumbang kepada pendidikan kanak-kanak kurang berkemampuan jika ia berjaya mencapai sasarannya.

Zahariah Jupary, Ketua Komuniti Muslim Pro berkata: “Walaupun Kempen Khatam Quran ini hanya untuk bulan Ramadan, kami berharap ianya dapat meninggalkan kesan yang positif dan berpanjangan kepada komuniti.

“Sambutan terhadap ciri Khatam adalah membanggakan, dan minggu ini, lebih daripada 7,000 individu dan kumpulan telah selesai membaca Al-Quran. Penyelesaian bacaan Quran ini bermakna Muslim Pro akan membantu memperkasa ratusan ribu kanak-kanak kurang berkemampuan di Yaman dan Indonesia”

Giftofkhatam: Memperkasa Kanak-Kanak

Pengguna Muslim Pro boleh menyumbang ke tabung UNICEF di sepanjang bulan Ramadan sehingga penghujung Mei melalui link di dalam aplikasi di https://help.unicef.org/yemen/muslimpro untuk membantu tabung kecemasan organisasi dan kerja keseluruhan untuk menyokong pendidikan kanak-kanak di Yaman.

Selain daripada usaha tabung dana pembiayaan khalayak (crowdfunding, Muslim Pro juga akan
memberi sumbangan korporat kepada UNICEF. Yaman adalah krisis kemanusiaan terbesar di dunia, dengan lebih daripada 24 juta orang – sekitar 80% penduduk dan lebih daripada 12 juta kanak-kanak memerlukan bantuan. Kerosakan dan penutupan sekolah dan hospital telah mengganggu akses kepada perkhidmatan pendidikan dan
kesihatan, menjadikan anak-anak lebih terdedah dan merampas masa depan mereka.

Selain menyokong keperluan kecemasan segera bagi anak-anak yang mempunyai akses terhad terhadap makanan dan air,rayuan UNICEF juga bertujuan untuk melihat perkembangan jangka panjang negara dan masa depan kanak-kanak. Lebih kurang 8.1 juta kanak-kanak memerlukan bantuan Education in Emergency (EiE) di seluruh Yemen. Lebih daripada 2.2 juta kanak-kanak di Yaman tidak bersekolah.

Sumbangan korporat Muslim Pro kepada Badan Kebajikan Islamik-Indonesia, Dompet Dhuafa (dompetdhuafa.org) akan menyumbang kepada program pra-sekolah kanak-kanak Islam yang berumur 3 ke 5 tahun di Bogor, Indonesia untuk tempoh 1 tahun.

Program ini bertujuan untuk membantu keluarga yang mempunyai masalah dari segi kewangan; membolehkan kanak-kanak bersekolah di tadika yang memupuk nilai-nilai Islam. Muslim Pro juga akan memberi sumbangan Ramadan seperti kit persekolahan dan Al-Quran kepada 250 pelajar di Sekolah E-Tahfiz Dompet Dhuafa, program Islam sekolah menengah percuma untuk pelajar berpencapaian tinggi dari latar belakang kurang berkemampuan.

#UnitedinKhatam: Kempen Khatam Quran

Dari 500,000 bacaan Al-Quran yang telah dibuat, Indonesia mendahului senarai negara dengan jumlah Khatam tertinggi diselesaikan, diikuti oleh India dan Perancis.

Lebih daripada lapan dalam sepuluh (80.1%) pengguna Khatam Quran membaca dari Al-Quran digital Muslim Pro, sementara hampir 20% menggunakan aplikasi untuk mengesan bacaan Al- Quran fizikal.

Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan adalah amalan keagamaan yang dipercayai oleh umat Islam memberikan manfaat rohani kepada orang yang membacanya dan khatam sepanjang bulan ini.

Ciri percuma Muslim Pro memberi pengguna fleksibiliti sepenuhnya dalam memilih cara menyelesaikan bacaan Al-Quran mereka: sama ada secara persendirian atau dalam kumpulan, dan sama ada membaca Quran secara digital melalui aplikasi ataupun menjejak kemajuan bacaan mereka melalui aplikasi walaupun mereka menggunakan Al-Quran fizikal ketika membacanya.

Puan Zahariah juga berkata: “Walaupun kami berharap dapat melihat peningkatan dalam situasi COVID-19 untuk Ramadan kali ini yang disambut dalam musim pandemik,kami juga turut berbesar hati melihat aplikasi kami dapat membantu umat Islam di seluruh dunia yang mana fitur kami ini dapat merapatkan jarak kita dalam kita melaksanakan amalan ibadah kita”

Aplikasi Muslim Pro atau Fitur Khatam Muslim Pro boleh di muat turun di: https://go.muslimpro.com/prkhatam. Muslim Pro mempunyai jumlah lebih daripada 100 juta muat turun daripada 190 negara yang merangkumi pelbagai umur pengguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: