Terkini

Yayasan Peneraju Biayai Pembelajaran Tambahan Untuk 125 Pelajar Asnaf

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dan Yayasan Sukarelawan Siswa telah bekerjasama dalam membiayai pembelajaran tambahan, Projek Tuition Mission Percuma di bawah program Peneraju Tunas Azam kepada 125 pelajar asnaf yang menetap di Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar, Terengganu di bawah kelolaaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Matlamat kerjasama ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan asnaf memperoleh akses pendidikan dan pembelajaran tambahan yang berkualiti sebagai jaminan masa hadapan dan secara progresif meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga pada masa akan datang.

Berucap pada majlis penutupan Program Pemantapan Jiwa, Santunan Budi dan Ihya’ Ramadan Golongan Asnaf di Kuala Nerus, Terengganu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ts. Mohd Muzzammil Ismail berkata, inisiatif pembiayaan ini adalah untuk memastikan pembangunan pendidikan dilakukan dengan cara yang inklusif dengan mengambil kira latar belakang sosio-ekonomi yang mencabar dari kategori B40 dan asnaf untuk memastikan kumpulan ini tidak diabaikan.

Menerusi inisiatif ini, prestasi pembelajaran kumpulan pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dapat ditingkatkan selain dapat memupuk kemahiran insaniah dalam diri melalui Program Pemupukan dan Pembangunan (Nurture & Development Programme) yang merupakan modul khas bagi setiap penerima faedah Yayasan Peneraju.

Jadi, dalam tempoh pembelajaran dari September hingga April 2022, kita berharap akan dapat lihat peningkatan yang membanggakan dari segi akademik dan sahsiah dalam kalangan pelajar, khusus bagi inisiatif ini,” katanya.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Tuan Ahmad Irsyad Mustaqim Zainal, Pengetua Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar, Puan Norhana Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan MAIDAM dan Tuan Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa.

Di bawah projek yang sama, pihak yang turut bekerjasama adalah Yayasan Sukarelawan Siswa di mana mereka akan menjadi rakan strategik kepada Yayasan Peneraju bagi memastikan program intervensi Peneraju Tunas Azam ini dijalankan mengikut perancangan dan menepati sasaran yang ditetapkan.

Selaras dengan objektif, Yayasan Sukarelawan Siswa melihat kepada keprihatinan yang wajar ada dalam diri setiap individu untuk mencapai kesejahteraan dalam kalangan masyarakat selain sentiasa membantu komuniti yang memerlukan pertolongan dan khidmat kesukarelawanan.

Sementara itu, MAIDAM sebagai rakan kerjasama pula memainkan peranan dalam menyediakan fasiliti seperti kemudahan tempat tinggal dan kemudahan lain agar kumpulan yang dibantu ini dapat memperoleh pendidikan dengan lebih berstruktur dan selesa.

“Kami sedar bahawa terdapat golongan asnaf yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan pelbagai faktor terutamanya masalah kewangan dan kesempitan hidup.

“Melalui pembiayaan pembelajaran tambahan seperti ini, saya percaya ia memberi harapan baru kepada golongan asnaf ini untuk mengubah kehidupan mereka ke arah masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Yayasan Peneraju, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, telah diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.

Agensi ini telah merealisasi aspirasi lebih 37,000 penerima faedah dari seluruh Malaysia melalui lebih 265 program pembiayaannya, dengan pengagihan peruntukan sebanyak RM822 juta dalam tempoh sembilan tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: