Gaya Hidup

500,000 tuntutan eBelia berjaya melalui ShopeePay direkodkan pada Hari Pertama pelancaran program, penerima dijamin dapat ganjaran RM650

KUALA LUMPUR – ShopeePay mencatatkan sambutan yang hebat dengan kira-kira 500,000 tuntutan untuk kredit e-dompet bernilai RM150 pada hari pertama pelancaran program eBelia. Para penuntut yang berjaya bukan sahaja menerima kredit e-dompet RM150 ketika mereka menuntut melalui ShopeePay, malah mereka juga dijamin menerima baucar tambahan bernilai RM500, menjadikan jumlah ganjaran hingga RM650.

Baucar-baucar tambahan yang bernilai RM500 ini direka khas untuk menawarkan penjimatan yang lebih tinggi bagi golongan belia untuk produk seperti alat pembelajaran untuk pelajaran mereka, atau barangan keperluan rumah serta barangan runcit bagi mereka dan seisi keluarga.

Baucar-baucar ini adalah daripada jenama-jenama menarik seperti pengedar sah rasmi Apple, Switch, JBL, MR DIY, Tesco, L’Oreal dan Prabayar YES. Shopee juga akan memberi baucar Penghantaran Percuma, Pulangan Syiling Shopee serta baucar ShopeePay Deals Near Me kepada para belia untuk memberikan nilai yang lebih hebat.

ShopeePay baru-baru ini telah melancarkan Deals Near Me, ciri baharu atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) bagi dompet mudah alih tersebut. Ciri ini menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi untuk membantu para pengguna menemui Baucar ShopeePay yang dijual oleh para peniaga berdekatan. Baucar-baucar ini menawarkan lebih banyak diskaun, harga istimewa, dan ganjaran pulangan tunai apabila para pengguna menebusnya dan membuat pembayaran dengan ShopeePay.

Dalam masa sebulan setelah pelancarannya, jumlah peniaga yang melanggan kepada Deals Near Me meningkat kepada 1,000. Ciri ini telah berjaya membawa lebih daripada 400,000 pelanggan kepada kedai para peniaga luar talian yang menggunakan Deals Near Me.

Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia

Ketua ShopeePay Malaysia Alain Yee berkata, “Sejak tahun lepas, kami berusaha untuk meningkatkan kehadiran kami di luar talian secara agresif di Malaysia melalui kerjasama dengan beberapa penyedia penyelesaian pembayaran digital. Hasilnya, ShopeePay kini diterima di lebih 750,000 titik sentuhan di seluruh negara dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran di stesen minyak, kedai makan, pasar raya besar, kedai serbaneka, farmasi, kedai buku dan banyak lagi.”


“Kami berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk menjadi salah satu e-dompet rasmi bagi program eBelia, selari dengan usaha berterusan kami untuk mengembangkan ekonomi digital Malaysia.

Walaupun eBelia diumumkan sebagai program bantuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia di Malaysia dan menggalakkan pembelanjaan tanpa tunai, kami percaya program ini akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan jualan bagi para peniaga tempatan secara serentak. Program ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan setakat ini, dengan hampir 500,000 tuntutan dibuat melalui ShopeePay pada hari pertama sahaja.

Selain itu, dengan lebih ramai pengguna Malaysia menyertai ekosistem pembelanjaan tanpa tunai, perniagaan-perniagaan yang lebih kecil seperti kedai serbaneka, peniaga kecil, dan gerai burger juga akan sedar tentang keperluan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam operasi mereka agar mereka tidak ketinggalan. Usaha digital ini akan mencorak satu kejayaan bagi ekonomi digital negara ini,” tambah Yee.

Selain daripada ganjaran tunai lumayan yang akan diberikan, 20,000 penuntut eBelia ShopeePay pertama akan menerima pulangan tunai tambahan sebanyak RM5 dengan pembelanjaan minimum RM10 apabila mereka mengimbas kod QR DuitNow e-dompet atau Bank lain untuk membuat pembayaran.

DuitNow QR, QR Nasional Malaysia yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet) membolehkan pembayaran saling boleh kendali seperti yang diperuntukkan dalam Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia.

ShopeePay adalah salah satu e-dompet dan Bank yang mengambil bahagian.

Khairuan Abdul Rahman, Pengarah Perkhidmatan Pembayaran Peruncitan, PayNet berkata, “Ini adalah masa yang tepat untuk bekerjasama dengan ShopeePay untuk mendidik golongan anak muda tentang DuitNow QR sebagai satu kaedah untuk membuat pembayaran tanpa tunai yang selamat dan mudah. Dengan situasi semasa, kaedah pembayaran yang mengutamakan kebersihan dan selamat adalah penting ketika kami meneruskan aktiviti harian dan mengharungi pandemik Covid-19.”


Rumus Yee, “Bagi pihak kami, selain ganjaran tambahan bernilai RM500 yang akan diberikan oleh ShopeePay kepada mereka yang memilih untuk menuntut kredit eBelia dengan kami, kami juga bekerjasama rapat dengan para penjual dan jenama-jenama untuk menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM6, diskaun 66% serta baucar harian dan banyak lagi semasa 6.6 Jualan Hebat kami yang berlangsung hingga 6 Jun.

Dengan penjimatan yang lebih hebat, golongan belia dapat membeli lebih banyak barangan keperluan tanpa berbelanja secara berlebihan.”

Program eBelia dibuka untuk pendaftaran kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021, atau pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam kursus setaraf dengan diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.

Untuk menuntut kredit eBelia RM150 melalui ShopeePay dan mendapat baucar tambahan bernilai RM500 yang dijamin, layari https://shopee.com.my/m/ebelia-claim. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: