Gaya Hidup

AirAsia X sedia perkhidmatan penerbangan repatriasi antara Kuala Lumpur dan Sydney, Australia

SEPANG – AirAsia X menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk tujuan repatriasi pada bulan Jun ini antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Sydney, Australia.

Penerbangan tersebut kini boleh ditempah di airasia super app dan laman web airasia.com tertakluk pada ketersediaan dan berdasarkan permintaan. Buat masa ini, hanya dua penerbangan pergi balik tersedia pada bulan Jun, dan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sydney akan ditambah tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata, “Kami memahami bahawa ramai orang menghadapi kesukaran untuk perjalanan pulang ke negara mereka kerana penerbangan adalah terhad berikutan pandemik semasa. Justeru, kami berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan khas ini untuk tujuan repatriasi dan membantu membawa mereka pulang terutama sekali dalam keadaan yang mencabar ini. Oleh kerana tempat duduk adalah terhad, kami menasihatkan para tetamu untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan membuat tempahan secepat mungkin.

Para tetamu juga perlu memastikan bahawa mereka memahami syarat-syarat sekatan perjalanan tertentu dan mempunyai kelulusan yang relevan oleh pihak berkuasa sebelum melakakukan perjalanan, termasuk mengemukakan dokumen perjalanan seperti yang diminta oleh pihak berkuasa tempatan. Peraturan kuarantin juga akan dikenakan semasa ketibaan.

Penerbangan tersebut kini boleh ditempah di airasia super app dan laman web airasia.com untuk tarikh berikut:

Kuala Lumpur ke Sydney   
06 Jun
13 Jun   

Sydney ke Kuala Lumpur 
07 Jun
14 Jun 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: