Terkini

Pandu secara merbahaya, lelaki ditahan bawa dadah

PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki memecut laju keretanya apabila dikejar polis di Jalan 18/16, di sini, pada Rabu membongkar penemuan satu tiub straw berisi dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kereta dipandu lelaki tempatan itu telah ditahan semasa penugasan ‘snap check’ kereta peronda polis (MPV) kira-kira jam 6.40 petang.

Menurutnya, ketika pemerikasaan hendak dilakukan, suspek telah bertindak memecut laju keretanya dan hampir melanggar orang awam dan pengguna jalan raya lain.

“Polis bertindak pantas dengan mengejar suspek selama kira-kira 20 minit sebelum berjaya ditahan di hadapan sebuah bank di Pekan Lama, Petaling Jaya.

“Suspek bagaimanapun enggan memberi kerjasama dengan mengunci pintu keretanya dan tindakan suspek telah memaksa polis memecahkan cermin tingkap kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, semasa proses tangkapan, dua anggota polis terlibat mengalami cedera ringan di tangan kiri dan telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Katanya, pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui satu tiub straw disyaki berisi dadah jenis heroin seberat kira-kira 0.30 gram.

“Suspek yang didapati positif dadah itu juga memiliki dua rekod jenayah dan lapan kes dadah,” katanya.

Jelasnya, suspek berusia 34 tahun itu kini direman tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: