Terkini

PICK catat rekod pemberian dos vaksin tertinggi

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian vaksin harian mencatat rekod tertinggi semalam dengan 117,563 dos diberi kepada penerima, genap 100 hari selepas pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi laman sosialnya, hari ini.

“Jumlah ini (pemberian dos vaksin) akan terus meningkat,” katanya.

JKJAV memaklumkan, lebih 3.33 juta dos vaksin sudah diberi kepada penduduk negara ini membabitkan tiga jenis vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca setakat semalam.

Jumlah itu membabitkan 2.2 juta bagi dos pertama dan 1.12 juta bagi dos kedua.

Semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya meletak sasaran memberi 150,000 dos suntikan setiap hari bulan ini dan ditingkatkan kepada 200,000 suntikan menjelang bulan depan.

Sehingga kelmarin, katanya, kadar peratusan penduduk negara ini yang menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos sudah melepasi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

PICK dimulakan pada 24 Februari lalu, dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama yang menerima suntikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: