Terkini

Kadar pengangguran pada Mei 2021 4.5 peratus

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran di Malaysia pada Mei 2021 adalah sebanyak 4.5 peratus yang melibatkan seramai 728,100 ribu orang penganggur, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Mei 2021 yang diterbitkan hari ini, DOSM memaklumkan bahawa kadar pengangguran pada Mei lepas menurun sedikit berbanding 4.6 peratus pada April.

Pada Mei tahun lepas, negara merekodkan kadar pengangguran bulanan tertinggi iaitu 5.3 peratus dengan 826,100 orang penganggur.

“Oleh itu, perbandingan dengan bulan yang sama pada tahun sebelumnya, bilangan penganggur adalah lebih rendah namun masih melebihi 500 ribu penganggur yang direkodkan dalam tempoh sebelum pandemik”, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang mengulas mengenai laporan itu dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas mengenai kadar pengangguran pada Mei 2021, Mohd Uzir berkata, pengangguran aktif, yang merangkumi lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penganggur, merekodkan pengurangan 8,700 orang kepada 609,900 orang berbanding 618,700 pada April.

“Dalam kalangan penganggur aktif yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, sebanyak 52.2 peratus adalah penganggur kurang dari tiga bulan manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun merangkumi 10.2 peratus,” jelasnya.

Mengenai pekerja yang bekerja pada bulan tersebut, Mohd Uzir berkata, jumlah pekerja meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus kepada 15.37 juta orang berbanding 15.35 juta pada April.

Mengikut sektor ekonomi, bilangan pekerja dalam sektor perkhidmatan mencatat peningkatan bulan ke bulan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; perkhidmatan makanan dan minuman, serta kesihatan manusia dan aktiviti kerja sosial, katanya.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: