Terkini

Istana utus surat mahu tahu jumlah sokongan pada Muhyiddin

Kuala Lumpur – Istana Negara didakwa memohon pengesahan speaker Dewan Rakyat berhubung jumlah sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan surat yang tular, Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara mengutuskan surat kepada Speaker, Azhar Harun pada 9 Ogos.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan kesahihan warkah.

Melalui warkah itu, Yang di-Pertuan Agong ingin mendapatkan kepastian jumlah sokongan kerajaan.

Istana berkata, Azhar melalui surat pada 3 Ogos memberitahu kedudukan semasa sokongan kepada Muhyiddin adalah 106 orang.

Bagaimanapun, kata istana, pada 4 dan 6 Ogos, dua anggota jemaah menteri meletakkan jawatan, menjadikan jumlah sokongan berkurangan dua orang.

“Pihak Istana Negara juga mendapat makluman bahawa empat ahli Dewan Negara telah menukar pendirian dan telah menyokong YAB perdana menteri.

“Walaubagaimanapun sehingga kini tiada laporan rasmi daripada YB Datuk berkaitan perkara tersebut.

“Sehubungan  dengan itu pihak Istana Negara memohon laporan terkini mengenai bilangan ahli Dewan Rakyat yang menyokong YAB perdana menteri untuk disembuh maklum kepada KDYMM Yang di-Pertuan bagi apa-apa perkenan selanjutnya,” kata surat berkenaan.

Surat terbabit ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.

Azhar diminta menjawab surat itu sebelum jam dua petang pada 10 Ogos – dua hari lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: