Terkini

Pendaftaran vaksin ibu hamil masih rendah

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa peratusan ibu hamil yang telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19 masih rendah.

Menurutnya, sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Berdasarkan anggaran ibu hamil setahun, peratus ibu hamil yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin di aplikasi MySejahtera masih rendah iaitu sebanyak 40 peratus.

“Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua ibu hamil untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Para suami mestilah memberi sokongan kepada pasangan masing-masing bagi memastikan mereka mendapat suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, pengambilan vaksin perlu dilengkapkan sebelum memasuki fasa akhir kehamilan iaitu trimester ketiga.

“Sejak kempen ibunisasi dimulakan pada akhir Jun 2021. Daripada jumlah yang telah mendaftar, seramai 83,251 (57 peratus) ibu hamil telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Sebanyak 20 peratus ibu hamil telah lengkap menerima 2 dos vaksin,”katanya.


Justeru, beliau menyarankan agar ibu hamil yang masih belum menerima janji temu untuk vaksinasi boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat bagi mempercepatkan proses janji temu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: