Terkini

Wanita dakwa dirogol rakan ADUN tuntut penjelasan siasatan kes

KUALA LUMPUR – Wanita yang mendakwa dia dirogol oleh rakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebuah negeri, menghantar surat rasmi kepada polis menuntut penjelasan berkaitan perkembangan siasatan yang sudah berlarutan sejak Disember tahun lalu.

Beliau yang hadir bersama peguam, tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sekitar jam 2.45 petang pada Rabu sebelum keluar lebih kurang 30 minit kemudian selepas selesai menyerahkan surat tuntutan terbabit.

Peguambela, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, beliau mewakili anak guamnya akan memfailkan saman sivil jika pihak polis gagal untuk memberi respons selepas tujuh hari bermula Rabu.

“Kejadian berlaku pada 5 Disember tahun lalu dan laporan dibuat pada hari sama, tetapi sudah hampir sembilan bulan kami masih belum menerima sebarang perkembangan berkenaan siasatan kes ini.

“Surat pertama kami hantar pada 10 Jun lalu menerusi email rasmi IPK Kuala Lumpur namun sehingga kini tiada maklum balas diterima, jadi hari ini saya terpaksa hantar lagi surat secara bertulis,” katanya kepada pemberita di hadapan IPK Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini dilaporkan kejadian berkenaan seorang wanita berusia 33 tahun yang membuat laporan polis selepas didakwa dirogol oleh dua orang rakan kepada ADUN tersebut.

Menurut laporan tersebut, mangsa mengatakan bahawa dia mempunyai ingatan samar berhubung apa yang berlaku setelah berkaraoke, namun mendakwa ADUN berkenaan menolongnya untuk berjalan kerana dirinya lemah dan hampir pengsan.

Mengulas lanjut, Asheeq Ali berkata, beliau menyifatkan tempoh siasatan yang terlalu lama itu tidak boleh diterima lebih-lebih lagi apabila siasatan kes lain yang membabitkan pemimpin pembangkang hanya mengambil masa satu hingga tiga bulan sahaja sebelum dituduh di mahkamah.

Tegasnya, sebagai pengadu, anak guamnya berhak untuk mengetahui perkembangan kes tersebut untuk mendapatkan keadilan buat dirinya.

“Pada bulan Mei pihak polis memberitahu bahawa mereka hampir menyelesaikan kes tetapi sehingga sekarang masih tiada khabar berita.

“Untuk isu anak guam saya tarik balik laporan, kami sudah membuat laporan semula dan memberi bukti kukuh bahawa ada pihak yang memberi tekanan serta memaksa beliau untuk menarik laporan (awal) tersebut,” jelasnya

Pada masa sama, beliau berkata, surat tuntutan saman sivil akan turut dikeluarkan kepada semua yang terlibat dalam kejadian yang berlaku pada malam sambutan hari jadi anak guamnya itu.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis agar menjalankan siasatan secara telus walaupun kes tersebut melibatkan individu berprofil tinggi di dalam kerajaan.

“Saya tahu kes ini melibatkan nama-nama besar dalam kerajaan tetapi saya minta polis supaya berlaku adil kerana Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: