Terkini

NUTP gesa KPM tangguh buka sekolah 1 September

SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan 1 September depan berikutan kes harian Covid-19 masih lagi tinggi.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, perkara tersebut perlu mengambil kira beberapa faktor antaranya sesi persekolahan hanya tinggal 10 minggu lagi bermula 1 September sehingga 11 Disember 2021.

“Selain itu, kes Covid-19 setiap hari amat tinggi dan mencecah 20,000 kes. Hari ini sahaja jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 20,780 kes.

“Ramai ibu bapa juga pastinya akan memilih untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

“Walaupun kadar vaksinasi dua dos sudah melebihi 30 peratus, tetapi ia tidak menjamin keselamatan nyawa rakyat kerana setiap hari kadar kematian melebihi 100 hingga 300 orang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 17 Julai lalu, KPM membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan.

Menurut KPM, perkara itu mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan itu, Harry berkata, pihaknya meminta KPM memberi pertimbangan khas demi keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidik dengan menangguhkan pembukaan sekolah sehingga ke waktu yang lebih selamat.


Dalam kenyataan sama, beliau turut berharap agar KPM dapat membantu mengatasi masalah kelajuan internet selain memberi bantuan internet percuma kepada keluarga B40.

“Warga pendidik pula perlu diberi pakej internet yang istimewa dan juga latihan untuk mempertingkatkan kemahiran terutama proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: