Terkini

Covid-19: Kajian harga kit ujian kendiri dijangka selesai akhir Ogos

MELAKA – Kajian harga dan kos kit ujian kendiri Covid-19 bagi menentukan harga patut runcit serta sama ada kawalan harga boleh dilakukan ke atas alat berkenaan dijangka selesai akhir bulan ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, kajian berkenaan melibatkan beberapa proses dan pengumpulan maklumat yang tepat di peringkat pengeluar, penjual dan pemborong.

Beliau berkata, penetapan harga yang tepat penting bagi menjamin kepentingan pengguna, namun pada masa sama ia perlu mengambil kira hak pengeluar, penjual dan pemborong agar tidak memberi kesan kepada bekalan kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran tempatan.

“KPDNHEP memang ada menerima aduan dan rungutan daripada orang ramai berkaitan harga alat tersebut tetapi pada masa ini, kit ujian kendiri Covid-19 tidak tertakluk di bawah kawalan harga sebaliknya ia berdasarkan harga disarankan secara umum oleh pihak berkuasa perubatan.

Namun kita sedang melengkapkan pengumpulan semua maklumat diperlukan bagi menentukan harga kit tersebut sebelum dibawa kepada kerajaan untuk nasihat dan keputusan sama ada kawalan harga akan ditetapkan atau ada harga boleh ditetapkan,” katanya kepada pemberita di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam melakukan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di bawah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC), di sini.

Mengulas lanjut, Hasnol Zam Zam berkata, lebih 10 syarikat di negara ini yang diberi kebenaran untuk menjual dan mengedar kit ujian kendiri Covid-19 dan kebanyakan alat berkenaan diimport dan dihantar menggunakan pengangkutan udara sekali gus menyebabkan kosnya meningkat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, setakat hari ini, sebanyak 5,241 syarikat dengan jumlah 245,290 pekerja telah berdaftar di bawah Program RiVAC bagi mendapatkan suntikan Covid-19.


“Daripada jumlah itu, sebanyak 35,724 orang telah menerima suntikan dos pertama dan kita menyasarkan Program RiVAC dapat diselesaikan menjelang akhir September ini.

Di Melaka sahaja, 5,624 pekerja industri peruncitan dan pengedaran daripada 200 syarikat telah menerima janji temu vaksinasi dengan 3,215 orang daripadanya telah divaksin,” katanya.

Beliau berkata, Melaka merupakan negeri pertama di luar Lembah Klang yang melaksanakan Program RiVAC diikuti Pulau Pinang dan ia akan diperluaskan ke beberapa negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah secara berperingkat dalam masa terdekat.

Justeru, katanya, semua pekerja atau peniaga di bawah sektor peruncitan dan pengedaran disaran segera mendapatkan vaksinasi agar dapat membuka perniagaan dengan rasa lebih selamat selain memberi keyakinan kepada pelanggan untuk melakukan transaksi dengan mereka. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: