Luar Negara Uncategorized

Johnson, Biden kerjasama isu Afghanistan

GLOBAL l Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Presiden c (AS) Joe Biden pada Selasa berbincang mengenai keadaan semasa di Afghanistan berikutan pengambilalihan Taliban, memetik kenyataan Downing Street.

Menerusi perbualan telefon, kedua-dua pemimpin itu menyambut baik kerjasama kedua-dua negara sejak beberapa hari kebelakangan ini untuk membantu membawa pulang rakyat, kakitangan dan bekas pekerja dari Afghanistan.

“Kdua-dua pemimpin bertekad untuk terus bekerjasama erat untuk memastikan lebih ramai lagi dapat dibawa keluar dari negara itu,” menurut kenyataan itu.

Johnson dan Biden juga sepakat mengenai perlunya masyarakat global bersatu untuk mencegah berlakunya krisis kemanusiaan di Afghanistan, lapor Xinhua.

Britain merancang untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke rantau itu dan penempatan semula pelarian.

Pejabat Dalam Negeri Britain pada Selasa menyatakan sehingga 20,000 pelarian Afghanistan akan ditawarkan tinggal di Britain selama lima tahun.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) secara maya dalam masa terdekat untuk membincangkan keadaan di Afghanistan.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada Isnin, Biden tetap dengan keputusannya untuk menarik balik tentera AS dari Afghanistan dan tidak menyangka Kabul jatuh ke tangan Taliban lebih cepat daripada yang dijangkakan Washington.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: