Terkini

Hanya empat kematian kes Covid-19 bagi individu lengkap vaksin

PUTRAJAYA- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hanya empat kematian kes Covid-19 membabitkan individu yang lengkap suntikan dos vaksin.

Ia berbanding jumlah keseluruhan kes kematian 12,993 yang dilaporkan.

“Data klinikal kami menunjukkan antara keseluruhan kematian itu, terdapat 80 kes yang mana telah mendapat satu suntikan dos vaksin dan empat kes lengkap vaksinasi,” ciapnya di Twitter pada Rabu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin Covid-19 (JKVAV), Malaysia merekodkan 28, 837, 742 dos pemberian vaksin Covid-19 .

Ia merangkumi 17, 437, 286 dos suntikan pertama dan 11, 400, 456 dos kedua.

Sebanyak 525, 111 dos pertama dan kedua diberikan pada Selasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: