Sukan

KDA sasar jinakkan TFC selepas kejutkan Penang


KETUA jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak mahu anak buahnya fokus dan mengekalkan momentum permainan bagi pertemuan dengan pasukan di tangga kedua Liga Super Terengganu FC, Sabtu ini.

Selepas menyaksikan pasukannya menundukan Penang FC 4-1 di Stadium Darul Aman di sini Selasa malam, Aidil Sharin optimis persembahan sama boleh dilakukan ke atas Terengganu bagi mengutip tiga lagi mata yang akan membawa Kedah ke kedudukan ketiga liga.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Singapura itu mengakui perkara itu bukan mudah memandangkan pasukannya terpaksa mengharungi tempoh rehat dan latihan yang singkat selain bermain di tempat lawan.

“Sudah tentu kelebihan milik Terengganu tapi Insya-ALLAH kami akan beri persembahan terbaik untuk mendapatkan tiga mata,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan pada Selasa malam.

Aidil Sharin juga berasa lega apabila pemain pertahanan utama Kedah, Renan Da Silva Alves yang tidak dapat beraksi pada Selasa malam ekoran dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Selangor FC sebelum ini akan kembali untuk menguatkan pasukan.

“Sudah tentu kami perlukan Renan kerana dia adalah ‘key player’ dan saya harap dia belajar daripada kesilapan itu dan tidak mengulanginya kerana ia akan mempengaruhi permainan (pasukan),” katanya.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, Aidil Sharin berkata, ia adalah lebih baik berbanding ketika tewas kepada Selangor FC Jumaat lalu apabila pemain dapat menguasai permainan dan berjaya menjaringkan empat gol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: