Kuala Lumpur – Persoalan siapakah yang selayaknya diangkat menjadi Perdana Menteri baharu kini menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai pendapat, andaian dan nama-nama ahli Parlimen tular di media sosial.
Pastinya rakyat Malaysia juga mempunyai pandangan tersendiri.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ditemui selepas sesi 114 ahli Parlimen menghadap Agong petang tadi menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri adalah calon paling layak dilantik memgang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 itu.
“Ismail Sabri adalah calon paling sesuai, sebab beliau mempunyai banyak pengalaman sebagai menteri pertahanan Mac 2020 seterusnya menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun ini”
“Kita dapat lihat ketokohan beliau sepanjang menguruskan masalah pandemik Covid-19 di negara kita.
“Beliau juga bertahan selama 22 bulan sebagai ketua pembangkan semasa kerajaan Pakatan Harapan dan pengalaman ini sudah cukup untuk beliau dilantik sebagai PM” katanya kepada media yang ditemui di Pintu 2, Istana Negara.