Kuala Lumpur – Negeri Selangor kini hampir menarik nafas lega apabila data menunjukkan kes harian Covid-19 berada dalam keadaan terkawal.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata Selangor dijangka memasuki fasa 2 pada September ini.
“Selangor bakal memasuki fasa 2 tidak lama lagi berikutan unjuran perkembangan terkini kadar vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera hampir mencapai jumlah 98% sekurang-kurangnya dos pertama”
“Peningkatan ini juga melibatkan rakyat Selangor yang mengambil suntikan vaksin di PPV seperti contoh di WTC, Kuala Lumpur termasuk PPV lain”.
“Kita telah pun cecah 98% bagi dos pertama dan insyaAllah menjelang september nanti Selangor akan beralih ke fasa 2” katanya.
Tambanya lagi, peratusan bagi kemasukan wad ICU dan wad kritikal jelas menunjukkan penurunan kepada 60 peratus. Beliau juga yakin bahawa imuniti kelompok lengkap bakal diperolehi melalui kesedaran masyarakat betapa pentingnya pengambilan vaksin.