Sukan

Al Ikhsan kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia lancar jersi baharu

Kuala Lumpur – Peruncit Sukan nombor 1 Malaysia, Al Ikhsan Sport berkerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia melancarkan jersi baharu pasukan ragbi kebangsaan hari ini.

Jersi dibawah jenama AL Sports itu merupakan kerjasama bagi membangunkan produk terbaik dan berkualiti tinggi.

Edisi terbaru ini akan digunakan oleh pasukan ragbi lelaki dan wanita kebangsaan dengan gelaran Bunga Raya 7’s di Kejohanan Asia Rugby Sevens Series 2021 yang merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Ragbi 7 Sebelah Afrika Selatan 2022 pada 19 dan 20 November ini di Dubai.

Bagi versi kali ini membawa warna merah bagi tuan rumah yang melambangkan semangat dan keberanian manakala jersi putih mewakili pasukan pelawat yang menampilkan kelainan pada skuad Bunga Raya kali ini.

AL Sports juga turut menyediakan pakaian latihan dan kit luar padang untuk pasukan serta rangkaian produk untuk peminat lelaki dan wanita.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vach Pillutla menjelaskan, sokongan ini sebagai meningkatkan semangat peminat sukan ragbi tempatan dan mengangkat kembali ke persada antarabangsa.

“Walaupun sukan ragbi masih kecil di negara kita, usaha ini secara tidak langsung menaikkan kembali minat masyarakat kepada sukan ini dengan kerjasama mempromosi produk baru dalam menyokong kejohanan akan datang.

“Ini juga satu peluang untuk kita ketengahkan barangan berkualiti dari AL Sports dan diiktiraf di peringkat global” katanya.

Kesemua produk boleh didapati di semua kedai fizikal Al Ikhsan atau dalam talian http://www.al-ikhsan.com atau http://www.alsports.com.my dengan harga bermula RM19 sehingga RM179.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Dato Shahrul Zaman bin Yahya dan jurulatih skuad Bunga Raya, Rodney So’oialo.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: