Bisnes

UDA perintis pembangunan tanah wakaf, komited bantu bumiputra

Kuala Lumpur– Syarikat pemaju hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Berhad (UDA) berperanan membangunkan kawasan bandar sejak di awal penubuhannya sehingga kini. Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan dalam mengimbangkan sosioekonomi di kawasan bandar seterusnya mempergiat
urbanisasi.


Sejak penubuhan UDA di Wilayah Utara, sejumlah 18,486 unit kediaman dan 1,144
unit komersial telah dibangunkan di mana 99% kediaman dan 93% komersial dimilki
oleh Bumiputera.


Penglibatan UDA bagi penempatan semula penduduk asal Tanjong Tokong bermula
pada tahun 1972 di kawasan seluas 43 ekar di mana 25 ekar telah dibangunkan dan
baki 18 ekar bakal dibangunkan sebagai penempatan semula (rumah ganti), rumah
mampu milik dan rumah kos sederhana. Pada tahun 1998 pemberian tanah reklamasi
seluas 54 ekar adalah untuk menampung sebahagian kos pembangunan penempatan
semula penduduk Tanjong Tokong.


Sehingga tahun 2020, UDA telah menyelesaikan sejumlah 1,486 unit penempatan semula penduduk asal Tanjong Tokong dan UDA sedang melaksanakan
pembangunan untuk baki 650 keluarga yang dijangka siap dalam tempoh 4 tahun.


Hampir keseluruhan unit-unit kediaman penempatan semula di Tanjung Tokong diberi
secara percuma di peringkat penduduk asal (BPTOL), anak-anak BPTOL yang layak
dan penyewa unit rumah yang layak.


UDA juga tiada perancangan untuk merobohkan penempatan rumah-rumah pangsa yang telah dibina kerana ianya telah menjadi hak milik penduduk tersebut bagi
memastikan kepentingan penduduk di Tanjong Tokong terjaga.

Sejak tahun 1996, UDA tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari kerajaan. Oleh
yang demikian, pembangunan secara usaha sama antara UDA dan syarikat lain
adalah salah satu inisiatif bertujuan membantu UDA dalam kelangsungan operasi
perniagaan.


UDA komited memikul amanah bagi membantu Bumiputera khususnya dalam
pemilikan dan pembabitan mereka di kawasan bandar. Dalam waktu yang sama, UDA
juga perlu mengimbangkan antara keuntungan dan tanggungjawab bagi membantu memperkasakan golongan Bumiputera.


UDA juga merupakan perintis kepada pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang
yang menjadi model pusat komersial dan kediaman pertama seumpamanya di negara
ini. Pembangunan tanah wakaf memberi peluang kepada umat Islam untuk memiliki
hartanah.


Antara pembangunan tanah wakaf dengan usaha sama Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (MAIPP) yang telah dibina di sekitar Pulau Pinang adalah Wakaf Seetee
Aisah (Taman Warisan Impian), Legasi Casarina dan Wakaf Mohammad Hashim.


Usaha sama UDA dengan MAIPP juga membantu meningkatkan nilai hartanah wakaf seterusnya memperkukuh fungsi MAIPP dalam membangunkan umat Islam di Pulau Pinang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: