Terkini

GPMSWP tubuh skuad khas bantu anak melayu keciciran pendidikan

Kuala Lumpur – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP) menyambut baik cadangan penubuhan skuad bantuan bagi membantu anak-anak melayu yang keciciran pendidikan.

Pengerusinya, Khairul Rizam Dato’ Abu Samah berkata skuad tersebut memfokuskan bagi memberi bantuan dari segi motivasi, maklumat, sokongan dan dana kepada anak-anak melayu untuk melanjutkan pelajaran.

“InsyaAllah, skuad ini akan bermula dalam masa terdekat dan kita akan memberi bantuan kepada anak-anak melayu terutama dari golonga n B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan.

“Terlebih dahulu kami akan ke sekitar kawasan PPR di sini dan fokus adalah menyalurkan maklumat, mengenal pasti masalah dan cuba bersama membantu mereka agar tidak terus ketinggalan dari segi pendidikan” katanya.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan GPMSWP tahun 2021 turut berharap agar badan itu terus mendukung segala aspirasi kerajaan melalui Keluarga Malaysia bagi membawa pemulihan kepada ekonomi dan sosial negara ya g terkesan teruk berikutan pandemik covid-19.

“Saya meletakkan harapan tinggi agar GPMSWP dapat terus kekal dan relevan dalam membawa destini anak melayu terutamanya untuk berada bersama sebaris di peringkat lebih tinggi.

“Saya juga tegaskan tiada sebarang campur tangan politik dalam GPMSWP kerana fokus utama adalah membawa anak melayu untuk lebih berjaya, tidak ketinggalan dan melahirkan generasi mantap” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: