Bisnes

Aplikasi MySejiran fokus bantu peniaga B40

Kuala Lumpur – Aplikasi MySejiran dilancarkan bagi memberi satu platform baharu kepada peniaga B40 bagi mengembangkan perniagaan.

Seramai 10,000 peniaga telah berdaftar dqn dijangka dapat memberi satu inovasi baru untuk mempromosi perniagaan secara atas talian.

Pengerusi Alphacomp Solution Sdn Bhd Datuk Ruslina Baharum berkata strategi itu untuk membantu para peniaga daripada golongan B40 untuk meningkatkan hasil jualan mereka secara lebih meluas di samping dapat mempromosikan perniagaan mereka ke radius yang lebih besar.

“Aplikasi ini bukan sahaja membantu peniaga dari segi promosi jualan namun ianya juga sebagai satu platform dimana kami menawarkan info untuk peniaga memohon bantua dana ataupun geran kerajaan”

“Caj yang dikenakan hanya 5% sahaja dimana ia amat rendah kerana fokus kami untuk membantu peniaga B40 lebih-lebih lagi ketika pandemik ini” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani MoU bersama enam persatuan peniaga di Lembah Klang, di ibu negara pada Rabu.

Antara persatuan terbabit adalah Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sg Besi Kuala Lumpur, Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil PPR Seri Alam Kuala Lumpur, Persatuan Penduduk PPR Seri Alam Fasa 2, Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan – Kawasan Cochrane, dan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Cawangan Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: