Sukan

Al-Ikhsan lancar barangan rasmi Harimau Malaya edisi kedua

Petaling Jaya – Sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harmau Malaya yang telah memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura, Al-khsan Sports Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk melancarkan barangan Harimau Malaya edisi Piala AFF Suzuki hari ini.

Selain pelancaran barangan berkenaan, majlis menandatangani perjanjian penajaan turut diadakan selepas ia ditunda pada Ogos Ialu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan seluruh negara.

Pelancaran itu dihadiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram, Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif Al-ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutia.

Koleksi terbaharu Harimau Malaya x Al-Ikhsan edisi kedua itu akan mula dijual secara fizikal di semua cawangan Al-ikhsan Sports dan Football Republic bermula 7 Disember ini pada harga RM59 untuk kanak-kanak dan RM79 untuk dewasa.

Selain itu, ia juga boleh didapati secara dalam talian menerusi https.//www al-ikhsan.com dan kedai rasmi Shopee Al-Ikhsan Sports.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: