Terkini

Munawwareen komited bantu mangsa terjejas banjir

Hulu Langat – Bencana banjir besar yang melanda beberapa daerah di Selangor sejak dua minggu lalu mendorong pelbagai pihak termasuk syarikat korporat bersatu di bawah semangat Keluarga Malaysia menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

Keprihatinan rakyat Malaysia yang sentiasa membantu selain disokong kuasa media sosial dalam menyiarkan keadaan dan keperluan mangsa banjir yang terjejas amat dipuji.

Pengasas Munawwareen, Datin Hjh Aliza Abu Bakar menggerakkan misi bantuan dibawah program Munawwareen Prihatin, menyumbang pelbagai barangan antaranya peralatan elektrik, perkakasan memasak, dapur gas, telekung, sejadah dan abaya.

Selain itu, 30 unit lampu solar, genset, pam air, tangki air dan jet air turut disumbangkan berikutan ia juga satu keperluan semasa bagi fasa pasca banjir.

Kesemua sumbangan disampaikan di kawasan perkampungan orang asli, kampung Paya Lebar Sungai Lui dan diterima oleh Tok Batin kampung, Aning Embong.

Aliza menjelaskan, antara barangan sumbangan yang disalurkan ditentukan selepas membuat tinjauan dan mendapat nasihat dari pihak berkuasa mengenai apa yang diperlukan pada masa ini.

“Kami sebelum ini telah membuat tinjauan di lokasi terbabit dan juga atas nasihat dari pihak polis tentang apakah barangan yang sangat diperlukan oleh mangsa.

“Ini perlu dilakukan kerana kami tidak mahu berlaku lagi lambakan barangan bantuan yang sama seperti tular baru-baru ini sehingga berlakunya pembaziran” katanya.

Tambahnya lagi, sebahagian sumbangan barangan ini akan diserahkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala sebahagian lagi akan diuruskan PDRM memandangkan beberapa kawasan pedalaman yang sukar diakses masuk.


Dalam masa sama, beliau menyatakan bahawa Munawwareen juga turut menyumbangkan 40 buah basikal elektronik E-Bike untuk kegunaan pihak polis yang bersesuaian dalam apa jua situasi.

Beliau turut menambah, antara perancangan bantuan berterusan yang sudah dirangka adalah menyediakan penempatan rumah pasang siap bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir tempoh hari.

“Kami ada perancangan bagi menyalurkan bantuan rumah pasang siap bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir dan selepas ini perlu diteliti oleh pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: