Kajang – Menyedari permintaan terhadap produk barangan tempatan semakin tinggi pada masa kini, syarikat bumiputera, Amatera Sdn Bhd telah melancarkan sebuah pasar serbaneka, Cherry Mart yang berlokasi di Kajang.
Pengurus cawangannya, Mohd Hasrul Hisham berkata, Cherry Mart dibuka bagi memberi peluang dan memudahkan kepada orang ramai mendapatkan pelbagai produk keluaran dari pantai timur, utara dan selatan. Selain itu, produk-produk halal dari Thailand juga boleh didapati disini.

“Cherry Mart menjual pelbagai produk halal keluaran tempatan termasuk juga dari Thailand, kami juga ada menjual pelbagai barangan basah seperti ayam, ikan, udang, ketam dan sayur-sayuran.
“Kami juga membuka peluang kepada peniaga kecil sederhana dan pengusaha tempatan yang memiliki produk sendiri untuk dipasarkan di Cherry Mart,” katanya.

Tambahnya lagi, Cherry Mart menawarkan harga yang berpatutan serta khidmat penghantaran melalui pembelian secara dalam talian.
“Kami juga menawarkan khidmat penghantaran bagi memudahkan pembeli dengan hanya menempah melalui laman web Cherry Mart atau hubungi kami secara terus.
“Apa yang menarik, servis “Potong, Bungkus, Hantar” pelbagai barangan basah ditawarkan bagi yang mahukan penghantaran terus ke depan pintu rumah sekitar Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Nilai bermula 15 Januari ini” jelasnya lagi.


Selain itu, CherryMart juga berkolaborasi dengan gerak kerja misi bantuan banjir, terutama bagi membekalkan air mineral ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini.
Tidak sekadar mengejar keuntungan semata-mata, Cherry Mart turut mengetengahkan konsep “Membeli Sambil Berinfaq” dan hasilnya akan disumbangkan dalam bentuk barangan basah kepada Madrasah dan Sekolah Tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat.


Beliau turut menambah, sasaran untuk membuka 10 lagi cawangan Cherry Mart pada 2022 adalah antara perancangan untuk tahun ini.
Penasihat perniagaan, Abu Talib Husin turut menjelaskan nama Cherry Mart dipilih sebagai simbolik yang menggambarkan suasana ceria dalam membeli-belah sesuai dalam kehidupan berbilang bangsa di Malaysia.

“Cherry Mart dipilih sesuai untuk masyarakat di negara kita yang pelbagai, kami adalah sebuah pasaraya untuk semua tidak kira bangsa.
“Jika rindukan produk pantai timur, utara dan Thailand, anda perlu ke Cherry Mart kerana disini semuanya ada” katanya lagi.

Turut hadir merasmikan pembukaan Cherry Mart, Ustaz Hanafi dan Mudir tahfiz, Ustaz Abdul Latif.