Putrajaya – “Saya pernah disingkirkan tanpa sebab kukuh suatu ketika dahulu ketika menjadi stokis jualan produk orang lain”
Itu antara dugaan yang terpaksa diharungi pengasas Harqis Empire, Nur Saidatul Akma Jamaruddin, 31, ketika mula berniaga memasarkan produk keluaran syarikat lain.
Menurutnya, pengalaman selama enam tahun berhempas pulas sebelum ini dengan menjadi stokis produk benar-benar menjentik hatinya untuk bangkit memiliki syarikat produknya sendiri.

Beliau yang kini mengusahakan produk kesihatan dilihat berupaya membina empayar bersama para stokis dan agen lebih 3000 orang seluruh Malaysia.
Mula beroperasi pada 2019, Harqis Empire berjaya mencatat jualan tertinggi, mencecah hampir RM16 juta pada tahun 2021.
Dengan penjualan lebih 1.5 juta unit produk minuman kesihatan keluaran sendiri, beliau mengakui fasa pandemik Covid-19 turut memberi impak kepada bisnesnya. Namun, dengan kesungguhan dan mod perniagaan berdasarkan 100% secara dalam talian itu menunjukkan peningkatan 3 kali ganda pada tahun lepas.
“Syukur walaupun pandemik pada awalnya membuatkan prestasi para stokis dan agen agak menurun namun sebagai pengasas produk, saya perlu segera bangkit bersama untuk pastikan mereka terus semangat.

“Alhamdulillah, apabila mereka telah mula capai momentum jualan, kami berjaya akhirnya capai target jualan pada tahun 2021” katanya.
Tambahnya, sasaran jualan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM25 juta dan pelbagai rangka promosi telah dipergiatkan seperti iklan di radio dan pemasangan papan tanda sekitar lebuh raya.
Beliau ditemui dalam majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada stokis dan agen yang berjaya mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun 2021.

Turut hadir, penerima anugerah ‘Top Sale 2021’, Wan Rahilah Wan Abdullah yang mencatat jualan sebanyak RM9.946,810 juta dan membawa pulang kereta Proton X50 beserta trofi.